Semalam Ibu terpaksa ambik emergency leave.
Malam sebelum itu, ally demam, batuk siap meracau-racau nampak monyet lagi..
sana-sini dia nampak monyet..kesian kat ally..jadi ayah cakap ibu kena ambik cuti, ayah tak mahu kejadian dulu berulang lagi..
Ibu msg boss, kata kena ambik cuti...anak demam..setakat ni boss alhamdulillah memang seorang boss yang sangat bertoleransi dalam bab-bab keluarga ni...
Pagi ibu bawak ally jumpa doktor muthiah..mcm biasa bagi ubat batuk, selsema dan demam..
Dalam perjalanan balik dari klinik..mata dah rasa agak mengantuk..tapi masih boleh bertahan..Ally dah tido kat seat belakang..kalau tidak boleh diajak berborak..
Bila dah drive sorang-sorang dengan keadaan yang panas tu..tahu2 jer la kan..makin mengantuk mata ni dibuatnya...dalam hati pun berkata...Takperla..kejap lagi sampai kat masjid depan tu, berhentila kejap tido....tetapi bila sampai di traffic light..lampu lak merah...ok..berhenti..
Dan ibu hanya tersedar setelah berkali-kali orang belakang hon..ya allah..ibu tertidur rupanya...apalagi orang belakang dah hon-hon kan...kita pun kelam kabut dan terus jalan...mengantuk serta merta hilang...
hahahahhaha...setelah 11 tahun ibu memandu keta..inilah pertama kali ibu terlelap kat traffic light, biasanyer dengar orang je cite kan..sekarang sendiri yang hadapinya.
Cerita kat ayah, dan ayah cakap : sikit-sikit mengantuk, sikit-sikit nak tido..(ada makna disebaliknyer )
Tengok...sedapnyer dia tido....
hahaha...saya tau apa maknanya itu....
ReplyDeleteTapi jangan berulang dah...bahaya tau!!
Semoga Ally sembuh dan sihat sentiasa....
mmuahss...(untuk ally) haha...