Wednesday, 11 January 2012

RUTIN DI PAGI HARI (SESI 1)

Assalamualaikum……

Nak cerita pulak rasanya disini…rutin harian ibu pada tiap-tiap pagi dalam menguruskan 4 orang anak-anak kesayangan ibu.

Rutin harian ibu bermula pada jam 5.45 pagi, loceng alarm berbunyi, tapi belum tentu ibu akan terus bangun yer..bukak mata terkelip2, tengok kiri tengok kanan, tali pinggang yang biasa terletak di kiri dan kanan kaki ibu pun dah terbukak( tali pinggang ini adalah sebelah kaki nina dan sebelah kaki ally yang akan diletakkan atas kaki ibu), senyap-senyap bangun, harap2 kedua-dua sikecik tu tak terkejut sekali.

Kejutkan abang Zul, bila nak kejutkan dia ni, memerlukan kesabaran , susahnyer nak bangun puas ditepuk, dicubit, ditarik tangan, tarik kaki belum tentu lagi dia bangun, bila kena tarik telinga dan diangkat kepala untuk duduk baru la dia tersedar terus ditolak ke bilik air…dalam bilik air pun belum tentu mandi terus..kakak memang takder masalah…sebab kakak dah besar..heheheh

Ibu sediakan susu untuk si nina dan ally, tapi tak bagi minum dulu, kalau bagi minum nanti tersedar pulak..huru hara plak ibu nanti..

Turun kedapur siapkan makanan tengahari untuk abang dan kakak makan..Kakak dan abang akan balik trus ke rumah bila habis waktu sekolah pagi, jadi makanan tengahari tu perlu ibu sediakan awal-awal sebelum ibu pergi kerja.  Persiapan untuk masak ni Ibu dah sediakan waktu malam, jadi bila bangun pagi tu masak jer…tanpa perlu nak kupas bawang..nak garam kunyit ikan ker…trus goreng aje..jadi masa tu dah jimat.

Biasanyer dalam pukul 6.45 tu ibu dah siap masak.  Kemas-kemas rumah skit..singkapkan langsir, sapu-sapu skit..ambik baju ibu dalam almari untuk dipakai pergi kerja.  Kejap lagi kakak dan abang serta ayah akan turun untuk kesekolah.  Bila mereka sume dah turun tu, sambil pakai kasut kakak pun panggil….

Kakak : ibu tolong ambikan dompet kakak dan dalam almari..
Ibu  : dompet yang mana satu,
Kakak : yang ada duit 5 ringgit dalam tu..
Ibu naik tangga, turun..bagi dompet kat kakak…(terima kasih Ibu… kata kakak)

Lepas tu, Ibu tengok abang tak pakai kasut lagi, Ibu Tanya..
Ibu : Abang, kenapa tak pakai kasut lagi, kang ayah marah pulak..lambat dia
Abang : ala ibu, stoking abang kat atas la..kat dalam bekas hijau tu, ibu tolong ambik jap
Ibu : ok jap

Ibu naik tangga lagi, dan turun lagi..Mengah pulak ibu rasa..nasib baik bukan tiap-tiap ari anak-anak tertinggal barang kat tingkat atas, kalau hari-hari mau kurus ibu dibuatnyer..

Ayahnyer pulak, memang semua dah tersedia dalam kereta, stokin untuk seminggu memang dah ada dalam kereta..Jadi ayah bila dah siap memang menunggu jer anak-anaknyer pulak siap.
Dalam kul 7.00 pagi, mereka bertiga pun keluar, ayah antar kakak dan abang kesekolah , ayah akan terus ke tempat kerja di KL.

Bila mereka dah bertolak, ibu pun meneruskan aktiviti ibu, uruskan diri ibu untuk pergi ke tempat kerja..TAPI rutin tidak berhenti setakat ini sahaja..ada lagi sebahagian yang akan kena uruskan…
Nanti kita sambung RUTIN HARIAN  DI PAGI HARI (SESI KE 2)

1 comment:

  1. wah seronok rasa bace....

    mane ada tak reti tulis macam ni..hoho...

    Teruskan tau..untuk panduan ummi2 lain...

    ReplyDelete