Wednesday, 22 February 2012

Risau nyerrrrrrrrrrrrrrr

Assalamualaikum,

Hari ini, berdebar2 pun ada, tak tentu arah pun ada rasanya.  Dapat panggilan talipon daripada salah seorang client dan mengatakan dia akan dimasukkan ke wad besok..Ini merupakan pengalaman pertama ibu sebagai agen insuran yang mana client akan masuk wad.

Sampai termimpi2 memikirkan hal ni, risau jugak kalau tetiba client takleh claim ke...risau risau risau nyerrrrrrrrrrrrrrr....memang dah buat yang terbaik...tapi manalah tau kan...

Harap-harap takder masalah yang akan timbul..

Ya allah, permudahkanla segala urusan ku...Ameen.

Friday, 17 February 2012

Kau Pergi Jua

Assalamualaikum,

Hari ni 17hb Februari...8 tahun yang lalu, satu tarikh yang akan sentiasa terpahat didalam hati ini, satu tarikh yang telah menarik salah satu kegembiraan Ibu sekeluarga,,,,Aki pergi meninggalkan kami semua disaat kami masih memerlukannya.  Setiap detik yang berlalu masih terbayang-bayang wajah lembut Aki menyapa ibu adik beradik..Aki adalah seorang ayah yang sangat baik, lembut dan amat disenangi oleh sekitar kampong...Siapa yang tidak kenal dengan Pak Ngah Dol kan...

Ibu nak kongsi semula bagaimana waktu mula-mula aki disahkan mendapat penyakit barah tulang (Ibu pun tak pasti betul ke aki sakit barah tulang)..Sewaktu muda dan walaupun dah beransur ke usia emas, aki merupakan seorang yang sihat, badan aki tetap maintain, tegap..mungkin aki sentiasa buat kerja kan..kerja kampong..peluh pun sentiasa keluar, mungkin itu yang membuatkan aki sentiasa sihat.

Allah memanjangkan usia Aki hingga ke 75 tahun, dan sewaktu usia itu badan aki mula susut sedikit demi sedikit, tapi tidak menunjukkan aki seorang yang tidak sihat, Aki tetap aktif seperti biasa..pada Ibu mungkin meningkatan usia menyebabkan berat badan Aki turun.

Sehinggalah pada suatu hari, Aki disahkan demam kuat dan telah dimasukkan ke hospital Besar Tuanku Afzan, Kuantan...Seumur hidup Ibu, yang Ibu ingat..inilah kami pertama Aki dimasukkan ke wad..Tok merupakan orang yang paling setia menemani Aki di wad.  Ibu memang terkejut, dah bergegas pulang ke Kuantan dan terus ke hospital..Waktu sampai di hospital, ibu sedih, pertama kali Ibu melihat wajah Aki yang agak lemah..dan kata Tok doktor dah ambik darah untuk di buat ujian..Waktu tu memang ramai orang diwad yang melawat aki.

Sebelum doktor dapat keputusan dari ujian darah tu, Tok pun ada cakap yang pinggul Aki bengkak, Ibu pun risau juga, dan setelah keputusan ujian darah, doktor mengesahkan yang Aki mengidap penyakit "BARAH TULANG" tapi masih diperingkat awal,  Doktor menyarankan agar pembedahan dilakukan untuk mengelak virus tu terus membiak.

Untuk itu Aki perlu diberi rawatan di Hospital Universiti Kubang Kerian, kerana HTAA tiada kepakaran untuk mengubati barah tulang..Aki tak mahu pergi ke Kelantan, jauh katanya...Ibu dan adik beradik semua memujuk Aki supaya dapatkan rawatan disana..Akhirnya Aki bersetuju.

Aki pergi ke kelantan dengan menaiki Ambulan ditemani oleh Tok.  Disana Tok diteman oleh Pok Tan Rahim dan isterinya. Memang satu kebetulan, Pok Tan baru saja menamatkan kerjanya sebagai seorang Askar. Sewaktu Aki dihospital, doktor masih menyarankan agar pembedahan dilakukan untuk membuang barah..Ibu ingat lagi Mak Andak tipon Ibu untuk mendapatkan pendapat samaada Aki perlu dibedah atau tidak..Ibu sendiri tak tahu apa yang harus dicakapkan...

Ibu pergi melawat aki dihospital Kubang Kerian, waktu ni keadaan Aki nampak sihat..Alhamdullillah, Dan Waktu itu Ibu dapat tahu yang Aki memang tak mahu buat pembedahan tu..Muktamad...Kata Aki, dia tak mahu menyusahkan tok, kerana kalau pembedahan dibuat, dia tak boleh berjalan seperti biasa, dan itu akan membebankan tok, kerana tok pun dah berusia. Kami terima segala keputusan aki dengan redha.

Sebulan Aki di HUSM, dan aki dibenarkan pulang, Wajah segar Aki dapat Ibu lihat, mungkin balik kerumah sendiri kan..Walaupun Aki tak boleh berjalan seperti biasa, tapi dia masih gagahkan diri untuk melakukannya. sewaktu Aki dirumah, rumah Ibu tak putus-putus dikunjungi oleh jiran-jiran dan orang-orang yang mengenali Aki. Masa ni Aki dan tak boleh berjalan langsung dan hanya berbaring aje...waktu ni wajah tua Aki nampak yang aki sangat tidak berdaya, tapi Ibu sangat kagum kerana aki tak pernah menunjukkan rasa sakitnya itu.  Aki sentiasa tersenyum...

Pada 17/2/2004 pukul 11.45 pagi, Ibu menalipon tok, tanyakan kabar Aki, tok kata Aki macam tula..Ibu pun merasa tak berasa sedap hati dengan nada suara tok, tapi takper la kata hati Ibu, weekend nanti Ibu akan balik lagi menjenguk aki. Tetapi 12.30, handphone Ibu berbunyi, tengok nombor tertera adalah no. tipon rumah dikampong..hati Ibu berdebar kencang...dan Ayah De berkata.."baliklah ayah tenat"..kala itu Ibu tidak keruan..Ibu tipon ayah, suruh balik sekaarang juga...Ibu sendiri rasa dah tak mampu nak pandu kereta untuk balik kerumah dari office untuk tunggu ayah...Ambik kakak dan abang ditaska..dan bergegas pulang....

Menunggu ayah balik dari ofis adalah satu penantian yang cukup menyiksakan hati Ibu,  Bila ayah sampai,
terus kita bergegas ke sungai besi untuk ambik pok tan, waktu ni pok tan belum ada kereta lagi...
Hati Ibu terus berdoa semoga Ibu sempat sampai kekampong untuk berjumpa dengan Aki sebelum Aki pergi..Ibu bagi tau Ayah...suruh bawak kereta cepat skit, agar cepat sampai...

Pok tan pandang muka Ibu, pastu pok tan tanya Ibu, Adik, adik tak tahu lagi ker? Ibu tanya pok tan semula...
tahu apa bang?.......Ayah dah takder dik!!!.....................................
Ibu terkedu, hanya airmata yang mengalir laju...ayah juga terdiam..kerana ayah juga merupakan menantu yang paling rapat dengan Aki...keadaan senyap sunyi dalam kereta itu, kakak dan abang pun seolah2 memahami hati ibu yang sedang kesedihan...

lepas tu pok tan sambung cakap balik, pok tan kata..Abang dah bagi tau mak, kalau nak kebumikan ayah tunggu hingga kita sampai...
Ibu tanya pok tan balik, pukul berapa ayah pergi bang?....pok tan kata 12.45 tengahari tadi....Ibu terdiam...hanya alfatihah yang dapat ibu sedekah buat Aki...

Ibu sampai ke kampong, ramai orang yang melawat jenazah arwah Aki, Ibu naik kerumah...tak terdaya kaki Ibu nak melangkah untuk melihat jenazah arwah Aki..Ibu mendapatkan tok, memeluk erat tok..kesedihan yang teramat sangat terpamir diwajah tok kerana orang yang hidup bersamanyer selama 55 tahun telah pergi meninggalkannya..selepas itu Ibu.terus melangkah dekat jenazah..disebalik kesedihan ibu yang teramat sangat, terselit sedikit ketenangan bila melihat raut wajah Aki yang tenang dan berseri dan seolah-olah tersenyum...Ibu kucup wajah aki..Ibu tatap wajah Aki untuk kali yang terakhirnya..

Untuk pertama kalinyer juga Ibu melihat Ayah menangis, kerana seperti yang Ibu ceritakan diatas tadi, ayah terlalu menyayangi Aki..Ibu merupakan anak yang paling akhir tiba, selepas itu jenazah trus dikapankan dan disembahyangkan...Ibu turut mengiringi  jenazah Aki menuju ke persemadian yang abadi...

Tiada apa yang mampu diucapkan, hanya doa yang mampu untuk mengiringi jenazah arwah aki, Semoga roh arwah aki dirahmati dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Ameen.

Alfatihah untuk arwah Haji Abdul Rashid bin Awang.


Arwah Aki dan Tok (2003)

Wednesday, 8 February 2012

CUTI CUTI CUTI

Assalamualaikum..


5 hari bercuti, terasa excited nak datang kerja, kesian pada kawan-kawan yang tak dapat menghabiskan masa cuti sebab banyak tender yang perlu diselesaikan.  

Hari jumaat (03.02.12) Ibu terpaksa ambik emergency leave memandangkan keadaan ally yang tidak mengizinkan untuk dihantar ke taska, ally batuk-batuk yang amat sangat dan tengok dia letih sangat sebab semalaman tak tido..Ibu cuti dan ayah terpaksa ambik halfday..demi anak-anak, apa pun sanggup dilakukan.

Kakak dengan abang pun mcm happy jer bila ibu kata ibu cuti, iyelah kan..bila balik sekolah tengok ada ibu sambut mereka kat rumah..tak ke happy kan..kalau Ibu kerja, bila waktu balik rumah kosong jer kan...

Dengan cuti yang lama tu dapatla ibu mengemas rumah, vacuum, lap-lap kipas yang dah mula mengumpulkan habuk tu..puas hati dapat tengok rumah kemas jer..dengan kain baju yang siap dicuci, dilipat dan dikemaskan terus kedalam almari masing-masing.

Alhamdulillah..dapat rehat bersama anak-anak dan suami.

Friday, 3 February 2012

CUBA TEKA

Assalamualaikum...






Kalau pandai, cuba teka lagu apa yang ally nyanyi....
hahahahahaha...Memang anak Ibu sangat pelat..Dia tak boleh sebut 'K'

Thursday, 2 February 2012

MANDIKAN AKU..IBU

Assalamualaikum,

Ibu nak kongsi cerita yang boleh kita renungkan bersama dan untuk diri ibu juga.  Boleh dijadikan pengajaran yang mana sesibuk mana pun kita dalam mencari harta dunia, jangan kita lupa bahawa harta yang Allah kirimkan kepada kita harus dijaga dengan sempurna.  Jangan diserahkan segala-galanya kepada pembantu untuk menguruskan segala-galanya keperluan anak-anak.  Kita selalu  tidak hargai bila ada didepan mata, tapi bila Allah tarik semula segala yang diberi barulah kita menyesalinya.  Ketika itu kita menangis airmata darah sekalipun ianya takkan kembali.  Bersyukurlah kita atas setiap kurniaan Allah kepada kita.

Insyaallah...........

*************************************************************
Sering kali orang tidak mensyukuri apa yang diMILIKInya sampai akhirnya...
. .
Rani, sebut saja begitu namanya. Ka wan kuliah ini berotak cemerlang dan memiliki idealisme tinggi. Sejak masuk kampus, sikap dan konsep dirinya sudah jelas: meraih yang terbaik, di bidang akademik maupun profesion yang akan diceburinya. ''Why not the best,'' katanya selalu, mengutip ucapan seorang mantan presiden Amerika.

Ketika Universiti menghantar mahasiswa untuk studi International Law di Universiteit Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah satunya. Saya lebih memilih menyelesaikan pendidikan kedoktoran. Berikutnya, Rani mendapat pendamping yang ''selevel''; sama-sama berprestasi, meski berbeda profesion.

Alifya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai staf diplomat, bertepatan dengan selesainya suami dia meraih PhD. Lengkaplah kebahagiaan mereka. Konon, nama putera mereka itu diambil dari huruf pertama hijaiyah ''alif'' dan huruf terakhir ''ya'', jadilah nama yang
enak didengar: Alifya. Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir.

Ketika Alif, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani semakin menggila. Bak garuda, hampir setiap hari ia terbang dari satu kota ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain.

Sebenarnya saya pernah bertanya, ''Tidakkah si Alif terlalu kecil untuk ditinggal-tinggal? '' Dengan pantas Rani menjawab, ''Oh, saya sudah mengandaikan segala sesuatunya. Everything is OK!'' Ucapannya itu betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani secara profesional oleh baby sitter "mahal". Rani cuma mengawal jadual Alif melalui telefon. Alif membesar menjadi anak yang kelihatan lincah, cerdas dan mudah mengerti.

Nenek-neneknya selalu menonjolkan kebanggaan mereka kepada cucu yang amat dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan  wan g yang banyak. ''Contohlah ayah-bonda Alif, kalau Alif besar nanti.'' Begitu selalu  nenek Alif, ibu Rani, berpesan di akhir cerita sebelum tidurnya.

Ketika Alif berusia 3 tahun, Rani bercerita kalau dia minta adik. Terkejut dengan permintaan tak terduga itu, Rani dan suaminya kembali menagih pengertian anaknya. Kesibukan mereka belum memungkinkan untuk menghadirkan seorang adik buat Alif. Sungguh anak kecil ini memahami" orang tuanya. Buktinya, kata Rani, ia tak lagi merengek minta adik. Alif, tampaknya mewarisi karaktor ibunya yang bukan perengek.

Meski kedua orangtuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali merungut.Bahkan, kata Rani, Alif selalu menyambut kedatangannya dengan penuh ceria. Maka, Rani menyapanya ''malaikat kecilku''.

Sungguh keluarga yang bahagia, fikir saya. Meskipun kedua orangtuanya super sibuk, Alif tetap membesar penuh cinta. Diam-diam, saya irihati pada keluarga ini. Suatu hari, sebelum Rani berangkat ke pejabat, entah mengapa Alif menolak dimandikan baby sitter. "Alif ingin Ibu mandikan", ujarnya penuh harapan. Serba salah saja Rani, yang setiap detik waktunya sangat berharga, gusar. Ia menolek permintaan Alif sambil terus berdandan dan mempersiapkan keperluan pejabatnya. Suaminya pun turut membujuk Alif agar mau mandi dengan Tante Mien, baby sitter-nya.
 
Sesungguhnya, Alif mengerti dan menurut, meskipun wajahnya berkerut. Peristiwa ini berulang sampai hampir seminggu. ''Bonda, mandikan aku!'' kian lama suara Alif penuh tekanan. Lalu, Rani dan suaminya berfikir, mungkin itu kerana Alif sedang dalam masa pra-sekolah, jadinya agak lebih minta perhatian. Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Alif dapat ditinggal juga.

Pada satu petang, saya dikejutkan oleh telefon Mien, si baby sitter. 'Puan doktor, Alif demam dan kejang-kejang. Sekarang di Emergency." Dengan pantas, saya terus ke ICU. But it was too late. Allah swt sudah punya rencana lain. Alif, si malaikat kecil, telah dipanggil pulang oleh-Nya.

Rani, ketika diberi tahu tentang Alif, sedang meresmikan pejabat barunya. Ia sangat terperanjat. Setibanya di rumah, satu-satunya keinginan dia adalah memandikan putranya. Setelah seminggu Alif mula menuntut dimandikan, Rani memang menyimpan komitmen untuk suatu masa memandikan anaknya sendiri.

Dan siang itu, janji Rani terkabul, meskipun setelah tubuh si kecil terbaring kaku. ''Ini Ibu Alif, Ibu mandikan Alif,'' ucapnya lemah, di tengah-tangah jamaah yang sunyi. Satu persatu rakan Rani menjauhi dari sisinya, berusaha menyembunyikan tangisan.

Ketika tanah merah telah menutup jasad si kecil, kami masih berdiri di sisi pusara. Berkali-kali Rani, sahabatku yang tegar itu, berkata, ''Ini sudah takdir, ya kan . Sama saja, aku di sebelahnya ataupun di seberang lautan, kalau sudah masanya, ia dia pergi juga kan?" Saya diam saja.

Rasanya Rani memang tak memerlukan hiburan dari orang lain. Suaminya tegak seperti tak bernyawa. Wajahnya pucat, pandangannya kosong. "Ini konsekuensi dari sebuah pilihan," ujar Rani, tetap mencuba tegar dan kuat. Hening seketika. Angin senja meniupkan aroma bunga kamboja.

Tiba-tiba Rani berlutut. "Aku ibunyaaa!" teriaknya seperti histeria, lalu meraung hebat. Rasanya baru kali ini saya menyaksikan Rani menangis, lebih-lebih lagi tangisan yang meledak. "Bangunlah Lif, Ibu  mau mandikan Alif. Beri kesempatan Bonda sekali saja Lif. Sekali saja, Aliiif.." Rani merintih merayu-hiba. Seketika kemudian, ia mencampakkan dirinya ke pusara dan tertelungkup di atasnya. Air matanya membanjiri tanah merah yang menaungi jasad Alif. Senja pun makin tua.