Tuesday, 11 September 2012

UPSR

Assalamualaikum,

Awalnya kakak bangun hari ini, 5.40 pagi..

Hari ni kakak akan menduduki peperiksaan UPSR untuk hari yang pertama.
kakak nampak bersedia, tapi entah mengapa hati ibu yang resah...

Menitis jugak airmata ibu waktu kakak bersalam dengan Ibu tadi, waktu nak berangkat ke sekolah (terukkan ibu ni...)

Ibu tahu kakak telah berusaha sedaya upaya dan yang pasti ibu tahu kakak boleh buat yang terbaik untuk mencapai apa yang kakak inginkan dan yang selebihnya kita serahkan kepada Allah s.w.t untuk menentukannya..

Ibu sentiasa doakan agar kejayaan jadi milik kakak.


Ameen....

(Love you..muah muah)




Wednesday, 5 September 2012

SELAMAT HARI LAHIR NINA....

Assalamualaikum....

Hari ahad lepas nina dah pun berusia 5 tahun (02.09.2012)

Dah besar anak ibu ni...

Tiada kata-kata indah yang dapat ibu luahkan untuk nina tapi ketahui bahawa Ibu sayang nina sangat-sangat.

Ibu sentiasa doakan supaya nina akan jadi anak yang baik, anak solehah, anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.






Sewaktu turun dari kereta untuk ke BBIM, nina selalu kata nina nak jadi anak solehah, nina nak belajar pandai-pandai..nina kena ingat sume tu yerrrr...

***********************************************************************************************


Ya Allah…,
Didiklah anak-anakku menjadi insan yang Engkau redhai
Engkaulah pelindung iman dan taqwa mereka
Moga mereka ceria di dunia dan di akhirat......
tiadalah daya upayaku
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Biarlah wajah anak-anakku sentiasa tenang seperti mereka sedang tidur,
Pada hari mereka mengadapMu nanti,
biarlah wajah mereka
 Sebersih sesuci masa kecilnya…
tidak seperti wajah-wajah mereka yang engkau ancam dengan nerakaMu
seperti yang diceritakan dalam KitabMu,
Berilah pada mereka kitab amal mereka ditangan kanan mereka
Ku mohon padaMu ya Allah ya Rahman,
Pilihlah anak-anakku menjadi insan yang mewarisi Syurga Firdaus Mu,
Peliharalah aqidah mereka di dunia yang penuh fitnah ini….
Pandanglah wajah mereka dengan belas kasihanMu…
Moga mereka sentiasa dalam redaMu…
Ya Allah Ya Ghafur,  Ya Arhama Rohimiin,
La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazholimin.
La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah. 
Aamiin