Assalamualaikum w.b.t
Bingkisan ini khas ibu tuliskan
untuk kakak, sempena hari lahir kakak yang ke 12…Dan Ibu juga mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR semoga kakak akan terus berada di bawah rahmat
Allah selalu.
Sekadar mengimbas kembali, Ibu dan ayah telah di
ijabkabulkan pada 28.08.1999, pada ketika itu usia ibu telah mencecah ke angka
27. Saat yang paling gembira bagi ibu kerana telah menjadi seorang isteri
kepada seseorang yang amat ibu sayangi.
Memandangkan usia ibu yang agak
lewat, jadi ibu memang berharap untuk mengandung dengan secepat mungkin, sebab
itu bila dapat tahu yang period ibu dah lewat, dengan gembiranyer ibu trus ke
Lab, waktu tu ibu masih bekerja di Ampang Puteri, jadi senangla nak buat test
ni…heehehhehehe
Alhamdulillah, memang ibu
disahkan mengandung..gembira tak tahu nak cerita…
Di awal-awal kehamilan ibu biasalah kan..morning sickness, tapi tak teruk
Alhamdulillah..waktu ni kita masih duduk di Taman Desa, Rumah flat duduk
tingkat 5 lagi…Hari-hari ibu naik turun tangga bawak kakak dalam perut ibu
ni..penat jangan cerita…tapi ibu gembira..sebab ada seseorang bersama-sama ibu…
Kadang-kadang kalau ayah balik
lambat, ibu kena naik bas dan jalan kaki daripada jalan besar, naik bukit dan
naik tangga lagi..pehhhh…siap kena berhenti 2-3 kali sebab penatkan…
Alhamdulillah, waktu bulan ke 8
ibu mengandungkan kakak, rezeki ayah lebih skit maka barula ayah boleh beli
kereta, iyela..ayah kata sampai bila
ayah nak bawak ibu naik motorkan..dengan perut ibu yang memboyot, bila dok belakang
ayah terasa perut ibu..hahahaha..Jadi ayah Cuma mampu beli kereta kancil aje
buat masa ni…
Dan dalam masa yang sama juga,
ayah cuba cari rumah yang lain, Alhamdulillah kita dapat rumah di Tingkat 1, di
flat yang sama..takperla kan janji ibu tak payah naik tangga ke tingkat 5,
dengan perut ibu yang besar ni..dah tak larat rasanya nak memanjat tangga tu…
Alhamdulillah ibu menjalani
tempoh mengandung tu dalam keadaan yang sihat walafiat…dan doktor menjangkakan ibu akan melahirkan kakak pada 8..6.2000.
***************************************************************************
Pada 26.5.2000, lepas ayah ambik
ibu daripada kerja, kami sama-sama g ke Carrefour Seri Petaling, ingat nak beli
kelengkapan dapur skit..waktu ni care4 jer yang ada dekat2 situ…mcm biasa
pilih2 barang nak beli, tiba dikaunter tetiba ibu rasa mcm basah jer…
Pelik kan…tak rasa nak kencing tapi air mencurah2 jer turun..panik..ibu
cakap kat ayah..
Awak, saya rasa ada air yang
keluarla..tapi saya tak rasa nak kencing pun..
Ayah kata, g bilik air la
tengok…ibu pun terus ke bilik air…tapi air masih mengalir jerk..rasa mcm
suam-suam jerk..keluar dari bilik air pun…masih terasa mengalir kat peha..jalan
pun cover-cover jer sebab malukan…(kita tak tahu apa-apa)
Ayah cepat-cepat bayar, on the
way nak balik..ibu talipon ke mak andak…
Mak andak pun cakap…”eh..pergi ke spital sekarang, tu air ketuban dah
pecah…dah nak bersalin tu.....
…
Hah..ibu lagi la terkejut…siap cakap kat mak andak lagi…nak bersalin
ke? Tak sakit pun…hahahahha, lagipun due date lambat lagi...takkan dah nak bersalin..
Kelakar kan…
Ayah pun apa lagi, terus pecut ke
HUKM…barang-barang memang dah standby dalam kereta…
Dalam kul 9 mlm tu..Sampai kat
Emergency tu..kain memang dah lenjun…pastu nurse trus check dan pasangkan alat
untuk kesan degup jantung tu…ada dalam ½ jam kat emergency tu kemudian nurse
hantar ibu ke ward sebab pintu masih belum terbuka (masa ni tak tahu apa-apa
pun pasal bukaan sume ni)
Sementara menunggu tu, ayah
terpaksa balik dulu sebab masa tu memang arwah maklong, makcu nak datang rumah
kita..jadi ayah tinggalkan ibu dulu kat spital sebab nak g ke terminal bas untuk
ambik mereka sume tu.
Dalam kul 10 lebih,. Ibu dah rasa
perut memulas (mungkin inilah yang dikatakan contraction) fikir ibu. Sakitnya
hanya Allah yang tahu...sakit sungguh rasakan…dalam sakit2 tu..ibu cuba cari
ayah..mana tau kan ayah dah sampai semula ke hospital tapi mungkin takleh
masuk…
Takder…takperla…
Rasa contraction tu mula
menyerang dengan kerap skali..kakak yang dihujung kaki ibu tanya…
Sakit sangat ke dik?...kerap
ke?...
Ibu hanya mampu jawab..a’ah kak..
Dia tolong panggilkan nurse…nurse
datang dan periksa bukaan…dia kata ..saya antar awak ke bilik bersalin yer…Ibu
redha jer sebab memang tak tahu apa-apa kan…ikut jer la apa kata mereka..
Sampai dibilik bersalin..ibu
disambut oleh kalau tak silap ibu ada 6-7 orang jururawat pelatih..Mak aiiii ramainyer tapi nasib baik semuanya perempuan…
Mereka mintak ibu naik atas
katil..bukak kaki luas-luas…ikut apa yang mereka arahkan…sakit jangan
dikirala..hanya Allah jer yang tau dan ibu serahkan segala-galanya kepadaNya..Nurse
kata ikut jer arahan, kalau rasa nak teran bagi tau…
Ibu mengikut apa yang nurse
arahkan…hinggalah satu ketika rasa nak teran yang amat sangat, ibu tarik nafas
panjang-panjang dan teran dengan sekuat hati..dan gusshhhhh terasa kakak
keluar..lega……..
Maka pada
26.05.2000@11.45pm, lahirla…seorang puteri
yang sangat comel, saling tak tumpah muka si ayah. segala kesakitan/kesusahan
dan keperitan yang ibu alami hilang
apabila lihat wajah suci kakak..Ibu dah tak kisahkan apa yang nurse-nurse tu
buat kat ibu..Sebab Ibu rasa dah terlalu bahagia bila anak yang ibu kandung telah lahir dengan selamat dan sempurna sifatnya..Alhamdulillah
Ya allah..Ibu bersyukur diatas
kurniaan yang telah Allah berikan kepada ibu - cahayamata tanda kasih ibu dan
ayah…
Ayah sampai ke hospital lebih
kurang pukul 2am, dan dia sangat2 terkejut bila tengok ibu dah selamat
melahirkan seorang puteri untuk dia…dia ambil kakak dan azankan…nampak kekok
dan pucat muka ayah waktu mula-mula tengok kakak, mungkin tak percaya bahawa dia
telah menjadi seorang Ayah..
Hari ini kakak dah pun 12
tahun…Tapi setiap detik yang ibu lalui waktu mengandung, bersalin kan kakak tak
pernah hilang daripada ingatan Ibu, Saat kali pertama ibu menatap wajah
kakak..tak dapat ibu lupakan..Sangat Indah rasanyer bergelar seorang Ibu.
Jika dipanjangkan umur, mungkin
satu hari nanti…kakak rasa apa yang ibu rasakan…dan waktu itu barulah kakak
dapat rasakan bagaimana kasih dan sayangnya seorang Ibu terhadap
anak-anaknyer….
Ibu sentiasa berdoa semoga kebahagian menjadi milik
kakak di dunia dan juga di akhirat. Ameen.
IBU SANGAT-SANGAT SAYANG PADA KAKAK
 |
| 8 tahun |
 |
| 9 Tahun |
11 tahun
 |
| 12 Tahun |
p/s : Gambar waktu kecil kakak akan menyusul kemudian..