Tuesday, 18 December 2012

13.12.12



Hari ini dalam sejarah..

Kali pertama ibu akan driving sendiri tanpa ditemani ayah untuk perjalanan yang jauh.  Kita nak balik kampong ke Kuantan...

Seawal 6 pagi, anak-anak dah bangun, bersiap-siap sebab nak turun sekali dengan ayah..

6.30 gerak dari rumah..ikut putra perdana untuk ke KL melalui MAX (iye ke ejaan ni..mcm salah jer) tak kisahkan..janji ibu sendiri faham..

Wah..jam waktu pagi menghala ke KL memang sakitkan kepala, macam nila hari-hari keadaan ayah untuk ketempat kerja kan..baru kita dapat rasa sendiri..sampai di restoran kampong pandan, bersebelahan dengan ofis ayah..minum dulu..bagi anak-anak kenyang, agar dalam kereta nanti tak sibuk2 mintak makanan..

8.45 - Dah bersedia untuk bergerak..berdebar-debar jugak ibu..mcm manala agaknya budak2 ni nanti dalam kereta, dengan nak melalui karak yang jalannya memang sangat-sangat mencabar tu..Nasib baik hari bekerja jadi kereta tak banyak sangat waktu ni...Alhamdulillah ibu dapat melalui KL-Karak dengan selamat, walaupun mulut ni tak leh diam..sebab anak-anak punya perangai.

Bila masuk ke LPT, ibu agak risau, sebab jalan yang lurus tu kadang2 membuatkan Ibu akan rasa mengantuk, kalau dengan ayah pun, kena gilir-gilir, inikan pulak ibu sorang kan...TETAPI disebabkan anak-anak ibu yang teramatla baiknyer, kadang-kadang bergurau, kadang-kadang bergaduh..kalau ayah ada mesti masing-masing dah kena...tapi dengan ibu, ibu biarkan aje..janji tak mengacau ibu yang tengah concentrate ni...jadi sepanjang perjalanan ni ibu memang tak mengantuk langsung...

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, sampai ke kampong dengan selamat pada 12.30 tengahari...






Wednesday, 12 December 2012

SELAMAT HARI LAHIR AZA

Assalamualaikum...

Cantik betul tarikh hari ini kan....12.12.12

Dan tarikh ini juga merupakan tarikh lahir sahabat ibu yang sangat ibu sayangi...siapa lagi kalau bukan KAK AZA...

Jadi mari anak-anak kita ucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR' untuk kak aza...

Semoga kak aza sentiasa berbahagia dengan keluarga tercinta, Abang ady, Amir hamzah yang comel dan baby yang bakal lahir...

Semoga kehidupan dipenuhi dengan limpah rahmat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dengan amal kebaikan dan kebajikan...

Ameen.....

Monday, 10 December 2012

Assalamualaikum...

Lamanya tak tulis apa-apa kat blog ni.. ceritanya banyak, tapi lebih suka meluahkan secara terus daripada menulis..

Hari ni kat ofis sunyi sepi jer...kedua-dua sahabat yang selalu membuatkan hati ibu ceria di ofis ni bercuti, jadi memang sunyi jadinya..Dah la sunyi, berita yang diterima pun membuatkan hati ni sentiasa sebak.

Berita yang mak andak sampaikan mengatakan  yang tok telah dimasukkan ke hospital kerana batuk dan lelah amat-amat membimbangkan ibu disini..Tok memang sentiasa batuk, tapi mungkin keadaan cuaca yang sekarang yang sentiasa hujan membuatkan keadaan tok bertambah teruk dan menjadi lelah setiap kali batuk..Kalau ikutkan hati ibu, sekarang pun ibu nak balik ke kuantan tengok tok, tapi apakan daya ada perkara yang lebih penting untuk ibu laksanakan..

Esok kakak ada peperiksaaan untuk kemasukkan ke MRSM.  Jadi ibu dan ayah kena uruskan kakak terlebih dahulu..jadi harap-harap semuanya akan berjalan lancar dan selepas itu kita semua boleh jenguk tok.

Mak,

Saya tak pandai nak ungkap kata-kata indah,
saya cuma berdoa semoga mak cepat sembuh  
Saya sayangkan mak, dulu, kini dan selamanya..
selagi ada hayat dikandung badan
saya akan terus mendoakan agar mak sentiasa dibawah rahmat Allah.

Ameen...