Assalamualaikum w.b.t
Sabtu yang lalu 28.02.2012, BBIM telah mengadakan satu majlis yang diberi nama Klinik Keluarga di Auditorium Masjid Putra di Putrajaya yang dibarisi panel-panel jemputan iaitu Ustaz Don Daniyal, Ustazah Isfadiah dan Cik Tuan Shazni yang bertajuk ANAK ASET KE SYURGA ATAU NERAKA
.
Alhamdulillah suami dan anak-anak sanggup bersama-sama saya menghadiri majlis ilmu seperti ini. (sanggup bangun awal sebab majlis bermula seawal 9.00 pagi).
Satu topik yang amat menarik yang boleh dijadikan panduan oleh saya dah suami. Ramai ibu bapa BBIM yang hadir bersama anak-anak. Riuh rendah jadinya..Majlis bermula dalam pukul 9.30 pagi..suasana yang riuh rendah menjadi sedikit sunyi bila ustaz Don memulakan bicara. Betul kata-kata Ustaz Don bahwa budak-budak ni tak faham bahasa kita, tatkala ustaz membaca ayat-ayat al-quran masing-masing jadi terdiam (mungkin menghayati apa yang dibaca oleh ustaz)
Diawal perbincangan saya dah mula menitiskan airmata (memang sensitive skit orangnya), bukan apa pun, bila video burung murai dimainkan..memang sebak..si suami disebelah pun merah-merah muka menahan sebak..Kakak dan abang terkedu melihat ibu menangis, tapi saya tahu mereka faham kenapa saya menangis.
Banyak topic menarik yang diperkatakan, tak dapat pulak saya menulisnyer disini. Saya nak berkongsi video yang boleh kita jadikan panduan tetapi cuba download tak boleh la pulak..nanti ada masa saya cuba buat lagi.
Majlis berakhir pada pukul 1.00 tengahari.
P/S : Terima kasih kepada suami dan anak-anak kerna sudi bersama-sama Ibu ke majlis ilmu yang jarang-jarang sekali kita ikuti. Bila dengar apa yang dibicarakan oleh para panel jemputan, tertanya-tanya hati ibu, betulkah didikan / asuhan yang telah ibu berikan kepada kalian? Sesungguhnya membesarkan 4 orang cahayamata memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. Melayan karenah kalian yang bermacam-macam ragam kadang-kadang sangat mencabar. Bagaimanapun Ibu masih bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana anak-anak ibu masih boleh dikawal, masih mendengar kata dan anak ibu adalah anak-anak yang baik. Ibu sentiasa berdoa semoga hidup kalian sentiasa dirahmati, semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah, Berjaya di dunia dan juga akhirat.
Ameen.









