Tuesday, 23 July 2013

Assalamualaikum,,,

Kesiannya anak ibu ni..kena nebulizer setelah 2 malam berturut2 batuk yang agak kuat.
Bukan mudah nak mintak pakai benda alah ni, siap kena test dulu kat tangan, kata tak sakit...dan akhirnya

Thursday, 11 July 2013

Assalamualaikum....

Tak habis lagi cerita pasal balik sarawak yerkkk..

Ini second time bagi nina dan ally naik flight, kecik2 dulu dah naik tapi tak ingat, so pada mereka ini adalah kali pertama...Ally memang tak nak duduk, berdiri jer kat tingkap..sampai kena tegur dek pramugari..


Kat LCCT

baru-baru naik flight, nak duduk tapi kecoh...

Siap posing lagi....



Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan 1434H

Assalamualaikum...

Insyaallah, esok kita akan mula berpuasa.

Setiap kali Bulan Ramadhan datang, hati ibu akan rasa sebak, Sewaktu pengumumam puasa pun ibu boleh menitiskan airmata..tak tahula kenapa...

Syukur ke hadrat Illahi kerana ibu  masih dipanjangkan umur dan diberi peluang oleh Allah untuk sama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun ini bersama-sama ayah dan anak-anak ibu yang amat ibu kasihi.

Ibu berharap tahun ini kita akan dapat bersama-sama solat tarawih, dah lama sangat rasanya ibu tinggalkan solat tarawih sebab kalian semua masih kecil untuk dibawa ke surau...

pesanan buat anak-anak ibu :-

Kakak - dah tentu akan puasa penuhkan kecuali diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Abang - Ibu berharapkan sangat yang akan puasa penuh....cuba yer bang..abangkan dah besar..
Nina - Nina kata nak cuba puasa tahun ni...Insyaallah..nina mesti boleh..
Ally - cikit-cikit nak tutu, mana boleh puate kan...ehheheheh (pelat tak habis-habis)




Monday, 8 July 2013

Sarawak



Assalamualaikum...

Bestnya dapat mandi kat kolam air sejuk (kata ally), kalau mandi pantai (kolam air matin)..hahah
Pertama kali mandi di air sungai Ulu Sekabai, sejukkkkk kan...Ini baru betul-betul balik kampong, mandi air sungai, rumah tak der letrik..jalan batu - batu, belum ditar..mencabar sungguh..Walaupun begitu masing-masing tetap happy..

Jumpa sedara-sedara yang bila bercakap, sepatah haram pun masing-masing tak paham...angguk angguk geleng-geleng aje.. Yang pasti mereka semua happy bila kita balik kampong menjenguk mereka semua.

Oppssss...seksinya kamu berdua yer...



cover comey, mengigil2 kaki kali pertama naik perahu.



Monday, 1 July 2013

BALIK SARAWAK

Assalamualaikum...

Lamanya dah kita tak balik sarawak yer anak-anak...biasanya aki dan nenek jer yang jenguk kita kat sini, jadi dengan rezeki yang Allah bagi, hari ini kita pulak akan jenguk aki dan nenek serta nenek tuai kat sana..
happy kan semua...

Ibu terpaksa diamkan dulu, sebab tak mahu semuanya excited sangat...kesian kat abang..hari-hari dok cakap kat ayah...dia nak ikut...

bila dikira-kira balik hampir 9 tahun kita semua tak balik sarawak...lamanya kan...

Ok, nanti ibu cerita lagi kat sini, apa aktiviti kita kat sana....

Bintulu....here we come...