Tuesday, 10 September 2013

UPSR LAGI....

Assalamualaikum....

10.09.2013

Giliran abang ambil UPSR tahun ini...

Kalau tengok daripada awal tahun 6, setiap peperiksaan ada peningkatan pada keputusan abang, walaupun tidak seperti kakak, ibu tetap bangga kerana keputusan peperiksaan tetap meningkat kepada yang lebih baik...

Walaupun abang jarang sentuh buku untuk ulangkaji, selalu tak buat kerja sekolah yang cikgu bagi..ibu pun tak tahu masa bila abang belajar....

Dan hari ini adalah permulaan bagi segala yang abang belajar di sekolah rendah..Ibu tak pasti setakat mana yang abang boleh buat...cuma Ibu dapat rasakan abang boleh buat yang terbaik...Ibu percaya pada abang...

Buktikan pada ayah, abang pun boleh buat macam kakak...

Abang yang nak exam, ibu yang sedih, ibu yang berdebar-debar...