Saturday, 26 May 2012

BINGKISAN BUAT KAKAK


Assalamualaikum w.b.t

Bingkisan ini khas ibu tuliskan untuk kakak, sempena hari lahir kakak yang ke 12…Dan Ibu juga mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR  semoga kakak akan terus berada di bawah rahmat Allah selalu. 

Sekadar mengimbas kembali, Ibu dan ayah telah di ijabkabulkan pada 28.08.1999, pada ketika itu usia ibu telah mencecah ke angka 27. Saat yang paling gembira bagi ibu kerana telah menjadi seorang isteri kepada seseorang yang amat ibu sayangi. 

Memandangkan usia ibu yang agak lewat, jadi ibu memang berharap untuk mengandung dengan secepat mungkin, sebab itu bila dapat tahu yang period ibu dah lewat, dengan gembiranyer ibu trus ke Lab, waktu tu ibu masih bekerja di Ampang Puteri, jadi senangla nak buat test ni…heehehhehehe

Alhamdulillah, memang ibu disahkan mengandung..gembira tak tahu nak cerita…

Di awal-awal kehamilan ibu  biasalah kan..morning sickness, tapi tak teruk Alhamdulillah..waktu ni kita masih duduk di Taman Desa, Rumah flat duduk tingkat 5 lagi…Hari-hari ibu naik turun tangga bawak kakak dalam perut ibu ni..penat jangan cerita…tapi ibu gembira..sebab ada seseorang bersama-sama ibu…
Kadang-kadang kalau ayah balik lambat, ibu kena naik bas dan jalan kaki daripada jalan besar, naik bukit dan naik tangga lagi..pehhhh…siap kena berhenti 2-3 kali sebab penatkan…

Alhamdulillah, waktu bulan ke 8 ibu mengandungkan kakak, rezeki ayah lebih skit maka barula ayah boleh beli kereta, iyela..ayah kata  sampai bila ayah nak bawak ibu naik motorkan..dengan perut ibu yang memboyot, bila dok belakang ayah terasa perut ibu..hahahaha..Jadi ayah Cuma mampu beli kereta kancil aje buat masa ni…

Dan dalam masa yang sama juga, ayah cuba cari rumah yang lain, Alhamdulillah kita dapat rumah di Tingkat 1, di flat yang sama..takperla kan janji ibu tak payah naik tangga ke tingkat 5, dengan perut ibu yang besar ni..dah tak larat rasanya nak memanjat tangga tu…

Alhamdulillah ibu menjalani tempoh mengandung tu dalam keadaan yang sihat walafiat…dan doktor menjangkakan ibu akan melahirkan kakak pada 8..6.2000.


***************************************************************************
Pada 26.5.2000, lepas ayah ambik ibu daripada kerja, kami sama-sama g ke Carrefour Seri Petaling, ingat nak beli kelengkapan dapur skit..waktu ni care4 jer yang ada dekat2 situ…mcm biasa pilih2 barang nak beli, tiba dikaunter tetiba ibu rasa mcm basah jer…

Pelik kan…tak rasa nak kencing  tapi air mencurah2 jer turun..panik..ibu cakap kat ayah..

Awak, saya rasa ada air yang keluarla..tapi saya tak rasa nak kencing pun..

Ayah kata, g bilik air la tengok…ibu pun terus ke bilik air…tapi air masih mengalir jerk..rasa mcm suam-suam jerk..keluar dari bilik air pun…masih terasa mengalir kat peha..jalan pun cover-cover jer sebab malukan…(kita tak tahu apa-apa)

Ayah cepat-cepat bayar, on the way  nak balik..ibu  talipon ke mak andak…

Mak andak pun cakap…”eh..pergi ke spital sekarang, tu air ketuban dah pecah…dah nak bersalin tu.....
Hah..ibu lagi la terkejut…siap cakap kat mak andak lagi…nak bersalin ke? Tak sakit pun…hahahahha, lagipun due date lambat lagi...takkan dah nak bersalin..

Kelakar kan…

Ayah pun apa lagi, terus pecut ke HUKM…barang-barang memang dah standby dalam kereta…

Dalam kul 9 mlm tu..Sampai kat Emergency tu..kain memang dah lenjun…pastu nurse trus check dan pasangkan alat untuk kesan degup jantung tu…ada dalam ½ jam kat emergency tu kemudian nurse hantar ibu ke ward sebab pintu masih belum terbuka (masa ni tak tahu apa-apa pun pasal bukaan sume ni)

Sementara menunggu tu, ayah terpaksa balik dulu sebab masa tu memang arwah maklong, makcu nak datang rumah kita..jadi ayah tinggalkan ibu dulu kat spital sebab nak g ke terminal bas untuk ambik mereka sume tu.

Dalam kul 10 lebih,. Ibu dah rasa perut memulas (mungkin inilah yang dikatakan contraction) fikir ibu. Sakitnya hanya Allah yang tahu...sakit sungguh rasakan…dalam sakit2 tu..ibu cuba cari ayah..mana tau kan ayah dah sampai semula ke hospital tapi mungkin takleh masuk…

Takder…takperla…

Rasa contraction tu mula menyerang dengan kerap skali..kakak yang dihujung kaki ibu tanya…

Sakit sangat ke dik?...kerap ke?...

Ibu hanya mampu jawab..a’ah kak..

Dia tolong panggilkan nurse…nurse datang dan periksa bukaan…dia kata ..saya antar awak ke bilik bersalin yer…Ibu redha jer sebab memang tak tahu apa-apa kan…ikut jer la apa kata mereka..

Sampai dibilik bersalin..ibu disambut oleh kalau tak silap ibu ada 6-7 orang jururawat pelatih..Mak aiiii ramainyer   tapi nasib baik semuanya perempuan…

Mereka mintak ibu naik atas katil..bukak kaki luas-luas…ikut apa yang mereka arahkan…sakit jangan dikirala..hanya Allah jer yang tau dan ibu serahkan segala-galanya kepadaNya..Nurse kata ikut jer arahan, kalau rasa nak teran bagi tau…

Ibu mengikut apa yang nurse arahkan…hinggalah satu ketika rasa nak teran yang amat sangat, ibu tarik nafas panjang-panjang dan teran dengan sekuat hati..dan gusshhhhh terasa kakak keluar..lega……..

Maka pada 26.05.2000@11.45pm, lahirla…seorang puteri yang sangat comel, saling tak tumpah muka si ayah. segala kesakitan/kesusahan dan keperitan yang ibu alami  hilang apabila lihat wajah suci kakak..Ibu dah tak kisahkan apa yang nurse-nurse tu buat kat ibu..Sebab Ibu rasa dah terlalu bahagia bila anak yang ibu kandung  telah lahir dengan selamat  dan sempurna sifatnya..Alhamdulillah

Ya allah..Ibu bersyukur diatas kurniaan yang telah Allah berikan kepada ibu - cahayamata tanda kasih ibu dan ayah…

Ayah sampai ke hospital lebih kurang pukul 2am, dan dia sangat2 terkejut bila tengok ibu dah selamat melahirkan seorang puteri untuk dia…dia ambil kakak dan azankan…nampak kekok dan pucat muka ayah waktu mula-mula tengok kakak, mungkin tak percaya bahawa dia telah menjadi seorang Ayah..

Hari ini kakak dah pun 12 tahun…Tapi setiap detik yang ibu lalui waktu mengandung, bersalin kan kakak tak pernah hilang daripada ingatan Ibu, Saat kali pertama ibu menatap wajah kakak..tak dapat ibu lupakan..Sangat Indah rasanyer bergelar seorang Ibu.

Jika dipanjangkan umur, mungkin satu hari nanti…kakak rasa apa yang ibu rasakan…dan waktu itu barulah kakak dapat rasakan bagaimana kasih dan sayangnya seorang Ibu terhadap anak-anaknyer….

Ibu sentiasa berdoa semoga kebahagian menjadi milik kakak di dunia dan juga di akhirat. Ameen.

IBU SANGAT-SANGAT SAYANG PADA KAKAK









8 tahun

9 Tahun


11 tahun 





     
12 Tahun
p/s :  Gambar waktu kecil kakak akan menyusul kemudian..

Wednesday, 23 May 2012

MIMPI AYAH


Assalamualaikum w.b.t

Lamanyer ibu tak menulis apa-apa kat blog ni...banyak benda yang terjadi...mood nak menulis tu tak menjelma...

TAPI, mimpi ayah ni membuatkan ibu nak menulis lak...

***********************************************************

Semalam ayah bermimpi…

Mimpikan orang yang rapat dengan dia..ayah mimpikan arwah aki…

Dalam mimpi tu keadaannya pada akhir ramadhan, dan keesokkannyer kita akan menyambut hari raya…

Kata orang malam tu..roh akan balik ke rumah kan…

Kata ayah, arwah aki datang dan berjumpa dengan dia…dan ayah sempat mengadu pada arwah aki..

“AYAH, SEJAK AYAH TAKDER NI..TAK SIAPA YANG AMBIK TAHU PASAL SAYA…TAKDER PUN ORANG YANG YANG TANYA PASAL AGAMA SAYA, SEMBAHYANG KE TIDAK SAYA NI..” 

TAPI ARWAH AKI TAK CAKAP APA-APA..CUMA PANDANG JER KAT AYAH

Sedih kan…dan Ayah lagi  sedih…

Alfatihah buat Arwah Aki.