Assalamualaikum....
10.09.2013
Giliran abang ambil UPSR tahun ini...
Kalau tengok daripada awal tahun 6, setiap peperiksaan ada peningkatan pada keputusan abang, walaupun tidak seperti kakak, ibu tetap bangga kerana keputusan peperiksaan tetap meningkat kepada yang lebih baik...
Walaupun abang jarang sentuh buku untuk ulangkaji, selalu tak buat kerja sekolah yang cikgu bagi..ibu pun tak tahu masa bila abang belajar....
Dan hari ini adalah permulaan bagi segala yang abang belajar di sekolah rendah..Ibu tak pasti setakat mana yang abang boleh buat...cuma Ibu dapat rasakan abang boleh buat yang terbaik...Ibu percaya pada abang...
Buktikan pada ayah, abang pun boleh buat macam kakak...
Abang yang nak exam, ibu yang sedih, ibu yang berdebar-debar...
Tuesday, 10 September 2013
Thursday, 29 August 2013
Ulangtahun Perkahwinan
Assalamualaikum...
Dah 14 tahun hari ini, ibu dan ayah melayari kehidupan sebagai suami isteri dan dikurniakan 4 orang cahayamata sebagai pengikat kasih sayang kami..Ibu sentiasa berdoa ke hadrat Allah s.w.t, semoga ikatan ini akan terus berkekalan, akan terus bersabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang akan datang dan akan berbahagia hingga ke syurga.
Ya allah, kau lindungilah kami sekeluarga daripada perkara-perkara yang engkau murkai, Kau berkatilah hidup kami sekeluarga.
Ameen...
Tuesday, 23 July 2013
Thursday, 11 July 2013
Assalamualaikum....
Tak habis lagi cerita pasal balik sarawak yerkkk..
Ini second time bagi nina dan ally naik flight, kecik2 dulu dah naik tapi tak ingat, so pada mereka ini adalah kali pertama...Ally memang tak nak duduk, berdiri jer kat tingkap..sampai kena tegur dek pramugari..
![]() |
| Kat LCCT |
![]() |
| baru-baru naik flight, nak duduk tapi kecoh... |
![]() |
| Siap posing lagi.... |
Tuesday, 9 July 2013
Salam Ramadhan 1434H
Assalamualaikum...
Insyaallah, esok kita akan mula berpuasa.
Setiap kali Bulan Ramadhan datang, hati ibu akan rasa sebak, Sewaktu pengumumam puasa pun ibu boleh menitiskan airmata..tak tahula kenapa...
Syukur ke hadrat Illahi kerana ibu masih dipanjangkan umur dan diberi peluang oleh Allah untuk sama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun ini bersama-sama ayah dan anak-anak ibu yang amat ibu kasihi.
Ibu berharap tahun ini kita akan dapat bersama-sama solat tarawih, dah lama sangat rasanya ibu tinggalkan solat tarawih sebab kalian semua masih kecil untuk dibawa ke surau...
pesanan buat anak-anak ibu :-
Kakak - dah tentu akan puasa penuhkan kecuali diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Abang - Ibu berharapkan sangat yang akan puasa penuh....cuba yer bang..abangkan dah besar..
Nina - Nina kata nak cuba puasa tahun ni...Insyaallah..nina mesti boleh..
Ally - cikit-cikit nak tutu, mana boleh puate kan...ehheheheh (pelat tak habis-habis)

Monday, 8 July 2013
Sarawak
Bestnya dapat mandi kat kolam air sejuk (kata ally), kalau mandi pantai (kolam air matin)..hahah
Pertama kali mandi di air sungai Ulu Sekabai, sejukkkkk kan...Ini baru betul-betul balik kampong, mandi air sungai, rumah tak der letrik..jalan batu - batu, belum ditar..mencabar sungguh..Walaupun begitu masing-masing tetap happy..
Jumpa sedara-sedara yang bila bercakap, sepatah haram pun masing-masing tak paham...angguk angguk geleng-geleng aje.. Yang pasti mereka semua happy bila kita balik kampong menjenguk mereka semua.
Oppssss...seksinya kamu berdua yer...
cover comey, mengigil2 kaki kali pertama naik perahu.
Monday, 1 July 2013
BALIK SARAWAK
Assalamualaikum...
Lamanya dah kita tak balik sarawak yer anak-anak...biasanya aki dan nenek jer yang jenguk kita kat sini, jadi dengan rezeki yang Allah bagi, hari ini kita pulak akan jenguk aki dan nenek serta nenek tuai kat sana..
happy kan semua...
Ibu terpaksa diamkan dulu, sebab tak mahu semuanya excited sangat...kesian kat abang..hari-hari dok cakap kat ayah...dia nak ikut...
bila dikira-kira balik hampir 9 tahun kita semua tak balik sarawak...lamanya kan...
Ok, nanti ibu cerita lagi kat sini, apa aktiviti kita kat sana....
Bintulu....here we come...

Friday, 28 June 2013
HAPPY BIRTHDAY ALLY
28.06.2013 - 4 tahun...
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir Ally
Selamat Hari Lahir...
Sekarang Ally dah 4 tahun, dah besar dah...Ibu dan ayah cuma berdoa semoga ally akan menjadi anak yang solehah dan sentiasa menjaga diri walau dimana ally berada.
Ibu dan ayah sentiasa berdoa semoga Ally akan menjadi anak yang berjaya di dunia dan diakhirat. Ameen.

Selamat Hari Lahir Ally....Sayang anak ibu..muah muah
Monday, 17 June 2013
Basikal Baru
Assalamualaikum....
Dah lama tunggu..baru kini kami dapat...
Happynyer mereka berdua bila ayah belikan basikal..
Ally siap nak bawak masuk bilik tidur lagi...
Tiap-tiap petang pergi taman...bahagianya mereka..
Monday, 18 March 2013
Setelah hampir 3 bulan tok terpaksa tinggal dihospital kerana kesihatan yang kurang baik...
Alhamdulillah..Hari ni tok dah boleh discharged.
Terima kasih kepada Andak yang tiap-tiap menemani tok diwad, terpaksa tinggalkan rumah dalam jarak waktu yang lama, nasib baik anak-anak dah besar semua kan....Begitu juga kepada adik/ teh / pok tan.
Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya (Sayang kamu semua)
Ibu hanya boleh mendoakan dari kejauhan..Walaupun kadangkala hati ini terasa sebak sebab tak boleh menjaga tok, tapi akan daya...jarak dan masa tidak mengizinkan.
Sunday, 17 March 2013
Cerita anak-anak
Ibu selalu cakap kat anak2 begini :-
Ibu : Ally, boleh tolong ibu tak?
Ally : tolong apa ibu?
Ibu : tolong diam…ibu nak buat tu/buat ni…
Dan pada suatu malam yang indah…..Ally berkata,
Ally : Ibu, boleh tolong aye tak?
Ibu : Tolong apa dik?
Ally : Tolong diam boleh, aye nak wat kerja ni…..
Ibu berkedu…........
Kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi kan……..
Saturday, 16 March 2013
Rupa budak kena marah
Inilah rupa saya bila kena marah...
Kenapa taya kena mayah....cebab taya budak yang tangat baik.....tan ibuuu..
p/s : walau camner pun rupa ally, tetap comel sangat-sangat....sayang ally...
Friday, 15 March 2013
Dahulu Dan Sekarang
Dahulu……(September
2011)
Amir Hamzah (8 bulan), Kakak Nina ( 4 tahun), Kakak Ally (2 Tahun)
2
Tahun kemudian…..(March 2013) -
Perubahan paling ketara adalah Amir Hamzah.. Kakak-kakaknyer still maintain.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)