Assalamualaikum...
Insyaallah, esok kita akan mula berpuasa.
Setiap kali Bulan Ramadhan datang, hati ibu akan rasa sebak, Sewaktu pengumumam puasa pun ibu boleh menitiskan airmata..tak tahula kenapa...
Syukur ke hadrat Illahi kerana ibu masih dipanjangkan umur dan diberi peluang oleh Allah untuk sama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun ini bersama-sama ayah dan anak-anak ibu yang amat ibu kasihi.
Ibu berharap tahun ini kita akan dapat bersama-sama solat tarawih, dah lama sangat rasanya ibu tinggalkan solat tarawih sebab kalian semua masih kecil untuk dibawa ke surau...
pesanan buat anak-anak ibu :-
Kakak - dah tentu akan puasa penuhkan kecuali diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Abang - Ibu berharapkan sangat yang akan puasa penuh....cuba yer bang..abangkan dah besar..
Nina - Nina kata nak cuba puasa tahun ni...Insyaallah..nina mesti boleh..
Ally - cikit-cikit nak tutu, mana boleh puate kan...ehheheheh (pelat tak habis-habis)
No comments:
Post a Comment