Thursday, 12 January 2012

RUTIN DI PAGI HARI (SESI 2)

Assalamualaikum...

Ini sambungan dari Rutin harian (Sesi 1)

Bila ayah, kakak dan abang dah pergi ke tujuan masing-masing...Ibu tutup lampu di tingkat bawah, dan naik keatas untuk ibu pulak buat persiapan ke tempat kerja.

Jenguk sat kat bilik si kecik berdua tu...masih lagi lena..Ibu mandi dulu, dan siap-siap dulu sebelum bangunkan nina untuk kesekolah, touch-up lebih kurang dah la kan..

Bangunkan nina...slow2 jer takut pulak ally terjaga nanti, bangunkan nina sangat senang..
tepuk sekali jer dia trus bukak mata..Bangun dik..kita mandi, adik nak nak sekolah..terus bangun bukak baju terus ke bilik air..mandi sendiri, sambil tu ibu uruskan bekalan ally untuk dibawa ke taska..baju, pampers, botol susu, susu masuk dalam bakul..

Nina siap mandi, pakai baju sekolah..bagi nina dan ally minum susu yang ibu dah buatkan pagi tadi, mereka tiga beradik ni sume tak mahu breakfast..jadi minum susu pun cukupla kan...dah siap minum susu, pakaikan tudung untuk nina...beres..

Bila ibu sendiri pun dah siap, bawak nina turun, penuh tangan..dengan handbag ibu, beg sekolah nina, dan bakul baju ally...terus masukkan dalam kereta..Nina pun terus masuk dalam kereta, tunggu ibu kat situ..

Ibu naik tangga lagi, dukung ally bawak turun, sebab ally masih tidur..letak ally dalam kereta, kunci kereta dulu..biar jap mereka berdua tu dalam kereta, pagi-pagi kan tak panas lagi..kira oklah tu..

Ibu naik tangga lagi, kemaskan bilik..tutup aircond, lampu..tengok-tengok suis sume dah padam ke belum, air kat dalam bilik air sume dah tutup ke belum..biasa semua dah ok..turun lagi..tengok lak kat dapur..suis periuk nasi dah tutup ke belum, lauk yang masak pagi tadi dah tutup ke tidak.jenguk ke bilik air..alamak,  ada baju dalam mesin basuh la...takperla nanti petang la basuh....

ok, semua dah beres..dan satu kemestian ibu adalah...Rumah ibu mesti kemas sebelum ibu keluar rumah tak kira nak pergi kerja atau kemana-mana sekali pun. Lega jer hati bila tengok rumah kemas kan...

Dan dalam pukul 7.40 pagi ibu pun keluar dari rumah, antar nina dulu ke BBIM, suka tengok bila nina happy jer nak g tadika..bila dah diserahkan kepada Aunty yang menguruskan nina, giliran untuk ally pulak ke taska.  Bila dengan ally ni biasalah..nak kena pujuk dulu, manja2kan dulu kemudian baru masuk ke taska..Ally pun takder masalah..alhamdulillah..

Sekarang, sampaila masa untuk ibu ke ofis....

P/S  :  Bila fikir pasal kerja-kerja rumah ni memang tak habiskan, ada jer benda nak dibuatkan..tapi yang penting kita kena pandai bagi-bagikan masa..

No comments:

Post a Comment