Monday, 10 December 2012

Assalamualaikum...

Lamanya tak tulis apa-apa kat blog ni.. ceritanya banyak, tapi lebih suka meluahkan secara terus daripada menulis..

Hari ni kat ofis sunyi sepi jer...kedua-dua sahabat yang selalu membuatkan hati ibu ceria di ofis ni bercuti, jadi memang sunyi jadinya..Dah la sunyi, berita yang diterima pun membuatkan hati ni sentiasa sebak.

Berita yang mak andak sampaikan mengatakan  yang tok telah dimasukkan ke hospital kerana batuk dan lelah amat-amat membimbangkan ibu disini..Tok memang sentiasa batuk, tapi mungkin keadaan cuaca yang sekarang yang sentiasa hujan membuatkan keadaan tok bertambah teruk dan menjadi lelah setiap kali batuk..Kalau ikutkan hati ibu, sekarang pun ibu nak balik ke kuantan tengok tok, tapi apakan daya ada perkara yang lebih penting untuk ibu laksanakan..

Esok kakak ada peperiksaaan untuk kemasukkan ke MRSM.  Jadi ibu dan ayah kena uruskan kakak terlebih dahulu..jadi harap-harap semuanya akan berjalan lancar dan selepas itu kita semua boleh jenguk tok.

Mak,

Saya tak pandai nak ungkap kata-kata indah,
saya cuma berdoa semoga mak cepat sembuh  
Saya sayangkan mak, dulu, kini dan selamanya..
selagi ada hayat dikandung badan
saya akan terus mendoakan agar mak sentiasa dibawah rahmat Allah.

Ameen...
  


No comments:

Post a Comment