14.03.2012, Mengapa yer dengan tarikh ni? Waktu ibu sampai ofis, dan bila nak menulis sesuatu dan bila menulis tarikh ini, hati ibu berdetik, mengapa ek? Ada siapa-siapa yang lahir pada tarikh ini ker? Ada apa-apa yang ibu lupa ke ari ni??? Hati ibu asyik tertanya mengapa..mengapa..mengapa….tapi ibu biarkan sahaja tanpa terus mencari jawapannyer…
Sehingga ke petang..sewaktu singgah di gerai untuk membeli makanan, ibu batuk dengan teruk sekali, sampai sakit kepala ibu dibuatnya..
Sesampai dirumah ibu bagi tau ayah suruh balik awal, sebab ibu tak tahan dengan batuk dan sakit kepada ibu yang betul-betul membuatkan ibu tak selesa. Ayah kata takperla pukul 7, ayah balik…
Ibu naik atas, untuk tunaikan solat asar, dalam sendu ibu berdoa “Ya Allah, kau berikan kekuatan dan kesabaran kepada chik untuk menghadapi segala dugaan yang Engkau turunkan kepadanya". (Petang tadi ibu talipon tok, dan tok kata ayah chik dimasukkan ke wad untuk cuci buah pinggang) Ibu duduk..sebab pening sangat kepala ni…lipat telekung dan sejadah.
Talipon berbunyi…panggilan dari De Mokhtar (ayah de jarang talipon kecuali ada perkara-perkara penting) hati ibu berdebar kencang..Dan berita yang disampaikan sangat-sangat membuatkan ibu menangis tanpa airmata…………………………………………..
Ayah chik telah kembali kepada Penciptanya….Innalillahiwainnailaihirajiunn..
Inikah puncanya tandatanya ibu mengenai 14.3.2012???????
Ibu sedih, ibu ralat, kerana ibu baru bercerita dengan ayah untuk menziarah arwah ayah chik minggu hadapan setelah selesai urusan nenek…
Ibu ralat sebab tak dapat berjumpa dengan ayah chik untuk kali terakhirnya. Sewaktu ayah chik datang ke IJN untuk check jantung, dia ada bertanya..Tak nak datang jumpa chik ker???????????? Kalaula ibu tahu itula kali terakhir ibu dengar suara dia………………………………..kalaula ibu tahu……….
Chik,
Tenanglah engkau disana…
Aku hanya mampu mendoakan semoga Rohmu dicucuri rahmat
Dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Ameen
Alfatihah untuk Arwah Ibrahim bin Haji Abdul Rashid
i_i
ReplyDeletehuu..tula..manusia biasa..Kita tak tahu masa depan..
takkanlah setiap pertemuan kita nak buat macam pertemuan terakhir kan..
tapi pun kita tak tahu itu adalah yang terakhir..
Walaupun dia sakit..ataupun sihat...
kerana ianya 100% kehendak Pencipta..
Siapalah kita...
Innalillahi wainna ilaihi rajiun...semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 beriman...semoga Allah jualah yang memberi kekuatan kepada ahli keluarganya...
Ameen..