Friday, 17 February 2012

Kau Pergi Jua

Assalamualaikum,

Hari ni 17hb Februari...8 tahun yang lalu, satu tarikh yang akan sentiasa terpahat didalam hati ini, satu tarikh yang telah menarik salah satu kegembiraan Ibu sekeluarga,,,,Aki pergi meninggalkan kami semua disaat kami masih memerlukannya.  Setiap detik yang berlalu masih terbayang-bayang wajah lembut Aki menyapa ibu adik beradik..Aki adalah seorang ayah yang sangat baik, lembut dan amat disenangi oleh sekitar kampong...Siapa yang tidak kenal dengan Pak Ngah Dol kan...

Ibu nak kongsi semula bagaimana waktu mula-mula aki disahkan mendapat penyakit barah tulang (Ibu pun tak pasti betul ke aki sakit barah tulang)..Sewaktu muda dan walaupun dah beransur ke usia emas, aki merupakan seorang yang sihat, badan aki tetap maintain, tegap..mungkin aki sentiasa buat kerja kan..kerja kampong..peluh pun sentiasa keluar, mungkin itu yang membuatkan aki sentiasa sihat.

Allah memanjangkan usia Aki hingga ke 75 tahun, dan sewaktu usia itu badan aki mula susut sedikit demi sedikit, tapi tidak menunjukkan aki seorang yang tidak sihat, Aki tetap aktif seperti biasa..pada Ibu mungkin meningkatan usia menyebabkan berat badan Aki turun.

Sehinggalah pada suatu hari, Aki disahkan demam kuat dan telah dimasukkan ke hospital Besar Tuanku Afzan, Kuantan...Seumur hidup Ibu, yang Ibu ingat..inilah kami pertama Aki dimasukkan ke wad..Tok merupakan orang yang paling setia menemani Aki di wad.  Ibu memang terkejut, dah bergegas pulang ke Kuantan dan terus ke hospital..Waktu sampai di hospital, ibu sedih, pertama kali Ibu melihat wajah Aki yang agak lemah..dan kata Tok doktor dah ambik darah untuk di buat ujian..Waktu tu memang ramai orang diwad yang melawat aki.

Sebelum doktor dapat keputusan dari ujian darah tu, Tok pun ada cakap yang pinggul Aki bengkak, Ibu pun risau juga, dan setelah keputusan ujian darah, doktor mengesahkan yang Aki mengidap penyakit "BARAH TULANG" tapi masih diperingkat awal,  Doktor menyarankan agar pembedahan dilakukan untuk mengelak virus tu terus membiak.

Untuk itu Aki perlu diberi rawatan di Hospital Universiti Kubang Kerian, kerana HTAA tiada kepakaran untuk mengubati barah tulang..Aki tak mahu pergi ke Kelantan, jauh katanya...Ibu dan adik beradik semua memujuk Aki supaya dapatkan rawatan disana..Akhirnya Aki bersetuju.

Aki pergi ke kelantan dengan menaiki Ambulan ditemani oleh Tok.  Disana Tok diteman oleh Pok Tan Rahim dan isterinya. Memang satu kebetulan, Pok Tan baru saja menamatkan kerjanya sebagai seorang Askar. Sewaktu Aki dihospital, doktor masih menyarankan agar pembedahan dilakukan untuk membuang barah..Ibu ingat lagi Mak Andak tipon Ibu untuk mendapatkan pendapat samaada Aki perlu dibedah atau tidak..Ibu sendiri tak tahu apa yang harus dicakapkan...

Ibu pergi melawat aki dihospital Kubang Kerian, waktu ni keadaan Aki nampak sihat..Alhamdullillah, Dan Waktu itu Ibu dapat tahu yang Aki memang tak mahu buat pembedahan tu..Muktamad...Kata Aki, dia tak mahu menyusahkan tok, kerana kalau pembedahan dibuat, dia tak boleh berjalan seperti biasa, dan itu akan membebankan tok, kerana tok pun dah berusia. Kami terima segala keputusan aki dengan redha.

Sebulan Aki di HUSM, dan aki dibenarkan pulang, Wajah segar Aki dapat Ibu lihat, mungkin balik kerumah sendiri kan..Walaupun Aki tak boleh berjalan seperti biasa, tapi dia masih gagahkan diri untuk melakukannya. sewaktu Aki dirumah, rumah Ibu tak putus-putus dikunjungi oleh jiran-jiran dan orang-orang yang mengenali Aki. Masa ni Aki dan tak boleh berjalan langsung dan hanya berbaring aje...waktu ni wajah tua Aki nampak yang aki sangat tidak berdaya, tapi Ibu sangat kagum kerana aki tak pernah menunjukkan rasa sakitnya itu.  Aki sentiasa tersenyum...

Pada 17/2/2004 pukul 11.45 pagi, Ibu menalipon tok, tanyakan kabar Aki, tok kata Aki macam tula..Ibu pun merasa tak berasa sedap hati dengan nada suara tok, tapi takper la kata hati Ibu, weekend nanti Ibu akan balik lagi menjenguk aki. Tetapi 12.30, handphone Ibu berbunyi, tengok nombor tertera adalah no. tipon rumah dikampong..hati Ibu berdebar kencang...dan Ayah De berkata.."baliklah ayah tenat"..kala itu Ibu tidak keruan..Ibu tipon ayah, suruh balik sekaarang juga...Ibu sendiri rasa dah tak mampu nak pandu kereta untuk balik kerumah dari office untuk tunggu ayah...Ambik kakak dan abang ditaska..dan bergegas pulang....

Menunggu ayah balik dari ofis adalah satu penantian yang cukup menyiksakan hati Ibu,  Bila ayah sampai,
terus kita bergegas ke sungai besi untuk ambik pok tan, waktu ni pok tan belum ada kereta lagi...
Hati Ibu terus berdoa semoga Ibu sempat sampai kekampong untuk berjumpa dengan Aki sebelum Aki pergi..Ibu bagi tau Ayah...suruh bawak kereta cepat skit, agar cepat sampai...

Pok tan pandang muka Ibu, pastu pok tan tanya Ibu, Adik, adik tak tahu lagi ker? Ibu tanya pok tan semula...
tahu apa bang?.......Ayah dah takder dik!!!.....................................
Ibu terkedu, hanya airmata yang mengalir laju...ayah juga terdiam..kerana ayah juga merupakan menantu yang paling rapat dengan Aki...keadaan senyap sunyi dalam kereta itu, kakak dan abang pun seolah2 memahami hati ibu yang sedang kesedihan...

lepas tu pok tan sambung cakap balik, pok tan kata..Abang dah bagi tau mak, kalau nak kebumikan ayah tunggu hingga kita sampai...
Ibu tanya pok tan balik, pukul berapa ayah pergi bang?....pok tan kata 12.45 tengahari tadi....Ibu terdiam...hanya alfatihah yang dapat ibu sedekah buat Aki...

Ibu sampai ke kampong, ramai orang yang melawat jenazah arwah Aki, Ibu naik kerumah...tak terdaya kaki Ibu nak melangkah untuk melihat jenazah arwah Aki..Ibu mendapatkan tok, memeluk erat tok..kesedihan yang teramat sangat terpamir diwajah tok kerana orang yang hidup bersamanyer selama 55 tahun telah pergi meninggalkannya..selepas itu Ibu.terus melangkah dekat jenazah..disebalik kesedihan ibu yang teramat sangat, terselit sedikit ketenangan bila melihat raut wajah Aki yang tenang dan berseri dan seolah-olah tersenyum...Ibu kucup wajah aki..Ibu tatap wajah Aki untuk kali yang terakhirnya..

Untuk pertama kalinyer juga Ibu melihat Ayah menangis, kerana seperti yang Ibu ceritakan diatas tadi, ayah terlalu menyayangi Aki..Ibu merupakan anak yang paling akhir tiba, selepas itu jenazah trus dikapankan dan disembahyangkan...Ibu turut mengiringi  jenazah Aki menuju ke persemadian yang abadi...

Tiada apa yang mampu diucapkan, hanya doa yang mampu untuk mengiringi jenazah arwah aki, Semoga roh arwah aki dirahmati dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Ameen.

Alfatihah untuk arwah Haji Abdul Rashid bin Awang.


Arwah Aki dan Tok (2003)

No comments:

Post a Comment