Friday, 15 June 2012

REPORT CARD DAY


Assalamualaikum,

Semalam kakak dah inform awal-awal mintak pergi kesekolah kerana kena sign report kad di sekolah dia.

So, Hari ini pagi-pagi ibu dah siap, hantar nina ke BBIM dan terus ke sekolah Kakak dan Abang bersama si Kecik tu (Ally)…

Dah ramai rupanya ibu bapa yang hadir, Ingatkan ibu adalah antara yang terawal tetapi kena menunggu jugak jadinya..

Pergi ke kelas kakak (6 permata) dapat no. 13, sekarang ni baru no. 4..lama lagi rupanya..

Pergi pulak ke kelas abang (5 mutiara) dapat no. 11, pesan kata bang, bila sampai giliran no. 10, datang bagi tau ibu, ibu di kelas Kakak.

Sampai masa, berjumpa dengan Cikgu Halia, guru kelas 6 permata, Alhamdulillah kakak dapat 3A 2B, dalam peperiksaan penggal pertama ni..menurut Cikgu halia mungkin kakak akan tukar ke kelas Zamrud (kelas pertama)..memandangkan gred kakak agak baik..kakak kena lebihkan usaha dalam Sains dan Matematik (walaupun markah lebih elok daripada ujian 1) tapi belum mencukupi…Ibu agak puas hati dengan keputusan kakak tapi kakak kena berusaha lebih lagi memandangkan UPSR pun tak berapa lama lagi..Ibu yang risau yer…

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Sekarang sampaila masa mendengar cerita guru kelas abang..agak risau sebenarnya..memandangkan abang ni adalah seorang yang sangat liat nak buat kerja sekolah (malas sangat nak menulis katanya)..dan abang ni boleh dikatakan agak nakal…

Sir Wan Naza : oooo Ibu zulhilmi yer…Zul mari duduk sini..kata cikgu dia..

Ibu : Assalamualaikum cikgu, macam mana dengan zulhilmi yer…saya risau ni..

Sir Wan Naza : Zulhilmi bagus, kerja sekolah sume siap, dan dia berani bercakap dan eye contact dia dan saya sangat bagus, dan yang paling bagus, dia tak bercampur dengan budak2 yang macam-macam ni..

Sesungguhnya ibu sangat terkejut bila Cikgu dia bercakap begitu…Sungguh..

Ibu : Kerja sekolah dia sume siap cikgu? Ibu pandang abang dan Tanya…Bila masa abang buat?

Sir Wan : Iye..kerja sekolah dia yang kelas saya sume siap, dan dia adalah best  student saya dalam bahasa inggeris, dan dia adalah merupakan favorite student saya….Dan dipadang dia sangat aktfif…saya suka budak2 yang aktif ni.

Zulhilmi boleh maju lagi…saya akan bimbing dia..dan selepas ini saya akan tukar tempat dia ke depan…supaya dia boleh tumpukan lebih perhatian kepada pelajaran dia..Pada saya dia lebih layak duduk dikelas yang diatas.

Ya allah, Ibu rasa betul-betul terharu dan tetiba ibu rasa berbangga dengan abang….

Kemudian, cerita tentang markah peperiksaan dia, memang ada markah yang meningkat, tapi masih belum ditahap yang selesa.  Takper..kata cikgu masih ada masa untuk ulangkaji.. Memang betul kata cikgu dan ibu sendiri rasa..Kalau abang lebih berusaha, abang akan boleh buat..sebab pada Ibu abang adalah seorang pelajar yang cerdik Cuma abang ada sikap MALAS….kalau abang rajin mesti abang boleh buat…

Jadi, dipeperiksaan akan datang..Ibu harap kalian berdua akan bagi yang terbaik yer….
IBU SAYANG KAMU........



1 comment:

  1. wahhhhhhhhhhhh................

    Terharu nya berita ni!!!!!!!!!!

    Tu yang ibu sedih terharu sampai petang tu eh...

    hehe

    ReplyDelete