Thursday, 28 June 2012

HAPPY BIRTHDAY TO MY LITTLE PRINCES


NURUL ALYANA BT. MUHAMMAD AMIRUL



BEBERAPA JAM SELEPAS DILAHIRKAN.
 3 BULAN - TEMBAM


Ally telah selamat dilahirkan pada 28hb Jun 2009 @ 7.05am,  Berat 3.09kg..anak yang paling semangat antara 3 adik beradik yang lain. Dilahirkan di Hospital Serdang..

Alhamdulillah, selama 9 bulan mengandungkan Ally, tiada masalah kesihatan yang Ibu hadapi, muntah2 dan pening2 biasalah...

Untuk pertama kalinya, ayah menyambut kelahiran anaknya didepan mata dia sendiri..Ayah duduk disisi ibu..sewaktu ibu didalam bilik bersalin..memang merah2la tangan ayah kena gengam dengan ibu waktu contraction tu..

Dan sebenarnya ayah memang takut...tak tahu nak gambarkan macam mana... Dalam masa Ibu sedang bertungkus lumus untuk melahirkan tu...ayah asyik picit-picit kepala dia.


8 BULAN - COMEL



Nurse boleh tanya ayah plak. En. pening ke? Ok tak?  atau nak saya panggil doktor..

Dalam hati ibu, siapa yang nak bersalin sebenarnya ni???????kelakarkan...

Muka ayah jangan cerita la..memang pucat sangat-sangat...kesian ayah..dia takut tapi dalam masa yang sama dia nak lihat jugak kelahiran tu..sebab anak yang akhir katanya...

Alhamdulillah, Ally lahir dengan selamatnya, sangat-sangat comel, rambut lebat dan kerinting..Ayah lega, ibu jangan ceritala kan...gembira tak terkata..bersemangat ayah bercerita pengalaman dia tengok baby lahir...mengelonsor jer kata..heheheheh

Kini, ally dah pun masuk 3 tahun..tapi setiap detik kelahiran tu tetap segar dalam ingatan ibu..Ally sekarang seorang anak yang comel, petah bercakap tetapi sangat pelat..



AYE - 1 TAHUN




2 TAHUN
MENCECAH 3 TAHUN

2 comments: