Friday, 23 September 2011

Asslamualaikum...
Salam jumaat..


Hanya Engkau yang tahu Ya Allah betapa sedih hati ini bila dapat tahu yang mak kurang sihat (sakit kepala yang amat sangat).  Adik berpaksa mintak tolong Andak untuk hantarkan mak keklinik sebab dia sekeluarga pun demam kuat. Pukul 3.30 pagi  Andak datang dengan epu dan terus bawak mak pergi klinik, kata doktor darah mak tinggi sangat, mungkin mak dah lama tak ambik ubat agaknya. Doktor bagi ubat dah seharian tu mak tak dapat bangun, cuma berbaring dan tidur sahaja. kesian kat mak terpaksa menghadapi kesakitan ini. Sekiranya kesakitan itu dapat dipindahmilik, aku sanggup menghadapinya Ya Allah, agar mak dapat hidup dengan sihat dan menjalani ibadah dengan sempurna. 


Aku hanya mampu memanjatkan doa kepadamu Ya Allah agar mak cepat sembuh.


Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Rahman, Yang Rahim.
Ya Allah, mohon padaMu selamatkan ibuku.
Sembuhkanlah ibuku dari ujian ini.
Kasihanilah dia Ya Allah. Badannya sudah tua dan selalu uzur.
Kasihanilah dia yang sejak muda hanya tahu berbakti kepada suami dan anak-anak.
Lindungilah ibuku yang di waktu sihatnya sentiasa ke masjid dan ke majlis-majlis ilmu.
Selamatkanlah ibuku dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari peluang.
Aku mohon Ya Allah, Engkau kasihan terhadap ibuku yang tidak pernah membalas dengki-dengki orang terhadapnya.
Aku mohon Ya Allah, Rahman dan RahimMu terhadap ibuku. Legakanlah dia dari kesakitan luar mahupun dalam.
Kasihanilah Ya Allah terhadap ibuku.
Kasihanilah ibuku yang telah berbakti kepada aku dan adik-beradikku.
Kasihanilah ibuku yang telah mendidik aku dan dik-beradikku menjadi hamba-Mu yang bertakwa.
Kasihanilah ibuku yang setia kepada Ayahku, suaminya.
Ya Allah, aku mohon Ya Allah, Kau lindungilah ibuku, ayahku, diriku, suamiku dan seluruh ahli keluargaku, sanak-saudaraku, guru-guruku dan saudara seIslamku dari gangguan syaitan yang direjam, mara bahaya dan petaka.
Perkenankanlah doa aku, hamba-Mu yang lemah ini.
Perkenankanlah Ya Allah.
Perkenankanlah. 



p/s - Sedih juga sebenarnya bila saat mak tak sihat ni kita takder bersama-sama untuk menjaga dia, tapi alhamdulillah sebab semua adik beradik yang lain ada disana untuk bergilir-gilir menjaga mak dengan baik. 





2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ni percaturan hidup kan kak. Kita tahu, kepastian kehendak Allah pasti berlaku. Tak cepat, lambat. tak hari ni, esok. Cuma persoalannya, kuatkah kita? huhu...

    Syafakillah...semoga dipermudahkan urusan mak akak dan ma abah mak bapak aza, dunia dan akhirat...ameennn...

    ReplyDelete