Showing posts with label Cerita Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Anak-anak. Show all posts

Friday, 3 February 2012

CUBA TEKA

Assalamualaikum...






Kalau pandai, cuba teka lagu apa yang ally nyanyi....
hahahahahaha...Memang anak Ibu sangat pelat..Dia tak boleh sebut 'K'

Tuesday, 22 November 2011

MANA MAK..MANA IBU..MANA MAMA..


Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”
Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” ”
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”
“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Psstt: Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Komen ibu : "Ya Allah, walaupun inilah realiti kehidupan sekarang, namun ku berdoa agar anak-anakku tidak tergolong dalam golongan anak-anak yang diceritakan dalam kisah ini....Ameeenn Ya Rabbi...."

Kredit to : kisah wanita

Wednesday, 2 November 2011

Assalamualaikum,

Cerita si kakak yang dah mula malas nak pergi sekolah.  Almaklumla dah hujung tahun kan..buku teks semua dah dipulangkan..pergi sekolah tapi tak belajar...Perangai malas dia mulala datang, tambahan pulak kalau duduk dirumah, dia boleh melayan lagu-lagu korea.  Kakak ni suka sangat dengan semua yang berkaitan dengan Korea. Boleh pulak ajak ibu dengan ayah pergi Times Square sebab ada kedai yang menjual barang-barang dari korea kat sana...Tapi yang bestnyer..tak jumpa pulak kedai tu...kesian..kesian...

Kakak posing dengan Keta kancil waktu di Pulau Pangkor

Wednesday, 12 October 2011

Ally

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis tak blog ni...bila dapat sesuatu yang lebih menarik perhatian, semua boleh jadi lupa.
Kerja pun dah jadi tertangguh-tangguh. Inilah akibat bila berdating dengan Micheal Scofield..hahahha

Hari ni terasa pulak nak bercerita pasal sikecik ni..siapa lagi kalau bukan Ally..

Antara keempat-empat cahayamata yang saya ada, Ally ni la yang paling banyak sekali kena makan ubat. Ally kerap kena batuk..tapi sebelah malam sahaja dan ada masa-masa yang tertentu. Kalau bila dia kena batuk ni kesian sangat..malam tak boleh tidur, asyik batuk dan bila batuk tu..mengelagak jer bunyi kahak dia..

Ada pengalaman yang agak menyayat hati bila bercerita pasal Ally ni.. Dalam bulan 5 yang lepas). Kebetulan saya bercuti, saya tengok ally memang batuk yang agak kuat, dia memang tak bagi saya buat apa, cuma duduk meriba dia sahaja.

Saya dah nampak, nafas dia tersekat-sekat, macam susah sangat nak bernafas, saya talipon ayahnya dan cuma mengatakan yang ally batuk agak teruk. Bila ayahnya balik dari kerja, masa tu dalam kul 8.00 malam, kami bawak dia jumpa doktor, dan klinik tu pun sebenarnya dah nak tutup, siap tutup lampu dah...tapi saya cakap kat nurse, tolongla bagi doktor tengok anak saya sekejap.

Bila masuk bilik doktor, doktor trus bagi tau saya..anak awak nampak pucat sangat..hati saya dah berdebar2..doktor check dan dia bagi nebulizer...ally meronta2la menangis..lepas doktor bagi nebulizer tu nampak dia ok skit..dan dia tidur.

Bila balik nampak keadaan dia ok...nampak dia pun boleh bernafas dengan elok tanpa tersekat2...kami pun lega la.. So, saya dah suami serta anak-anak lain tidur mcm biasa...Tiba-tiba kami terkejut sebab dengar ally menangis dengan kuat sekali, saya cuba angkat dia tak mau..ayah dia angkat pun dia tak mau...dia meronta2..menangis2..bergolek2 macam resah semacam jer...saya angkat dia dan tengok dia mcam tak bermaya,muka dia pucat apa yang dia buat serba tak kena...saya dah suami bergegas bawak ally ke Columbia Asia Puchong. Pesan kat kakak untuk tengok adik-adik...Ibu dan ayah nak g hospital bawak ally.

Kami pergi ke emergency room, sampai kesana trus bagi tau doktor yang ally macam susah nak bernafas..Bila doktor check..statement yang paling saya tak dapat terima "ANAK AWAK KRITIKAL"..bagaimana perasaan saya ketika tu????hanya Allah sahaja yang tahu..bercampur baur..airmata mencurah2 begitu juga dengan suami saya..Doktor bagi ubat dan nebulizer lagi untuk stabilkan ally..

Dalam masa yang masa doktor bagi tau yang ally tak boleh dirawat di Columbia Asia sebab tak cukup kelengkapan, lalu kami dihantar ke Pantai Hospital di Bangsar menggunakan Ambulan..Ally masih menggunakan oxigen sepanjang dalam perjalanan tu..sampai unit kecemasan hospital sekali lagi doktor yang merawat ally disitu bagi statement yang sangat-sangat saya tak dapat terima ANAK AWAK TAK STABIL".....

Ally..Ally,,macam mana perasaan ibu waktu itu sayang...tak dapat ibu luahkan dengan kata-kata..ibu rasa bersalah yang amat sangat sebab tak bawak ally jumpa doktor dengan lebih awal.. nampak ally bernafas dengan tersekat2 walaupun dengan bantuan oxygen..Kemudian Ally dimasukkan ke ICU untuk rawatan lanjut.

Seminggu ally di hospital, doktor kata paru-paru ally kena jangkitan bakteria. jadi dia kena dapatkan antibiotik selama 5 hari. Saya cuma kena jaga pemakanan ally, dia tak boleh makan benda2 sejuk sebab doktor kata potensi untuk ally dapat asma agak besar...



p/s : saya tak berapa pandai nak menulis sebenarnya apa yang saya tulis ni itulah yang saya rasa.


Ally posing dengan selipar..isk isk isk

Wednesday, 21 September 2011

DVD BARU



Semangat betul rasanyer nak bercerita pasal ni..

Lepas raya itu ari, kami suami isteri dok mengira-gira duit raya anak-anak ni..lepas tu kata si ayah.


Ayah : duit raya ally dan nina ni kita beli DVD la yer, lagipun TV satu lagi tu tak guna kan..
Ibu : La, mengapa pulak? membazir je belikan DVD, pastu nanti rosak macam yang sebelum2 ni.
Ayah : takper, yang ini kita belikan khas untuk budak berdua tu aje..
Ibu : terpulang la, tapi nanti kita belikan skali  CD kartun ke, ABC, mengaji ke..
Ayah : Ok, ini untuk kesenangan awak juga, balik dari kerja, awak letak mereka berdua dalam bilik tu, pasangkan CD, mesti dia orang leka punya.


Pastu weekend lepas, kami pun g la tesco, survery DVD yang agak2 dalam budget.
dah dapat tu kena lak cari CD nyer..pastu kami belikan upin-ipin (mesti punya), CD lagu budak2..pastu CD kartun yang macam cite barbie tu (tak ingat tajuk lak)..


Balik dari shopping tu, terus pasang..mula-mula biasa dua orang tu buat derk aje..lepas tu siayah trus pasang upin-ipn..apa lagi tercongokla dua orang tu depan TV. itu ari ahad tak terasa sangat kelainannyer.


So, hari senin tu..balik dari kerja yang berdua ni trus masuk bilik, pastu trus jerit kat ibu


Aye : Ibu, aye nak nenok cite ipin-ipin, epat yah ibu..
Nina : kejap-kejap nanti kakak pasang


dan inilah hasilnya.









Jadi dengan adanyer DVD baru ni, ibu boleh memasak dengan senang hati, tanpa ada gangguan..dan tanpa perlu dengan perkataan "ibu, amikla aye....(tapi kalau lama2 mungkin ibu plak yang akan rindu kata2 ni)..haha
Tapi baru 2 hari..tak tahula lepas ni camner...harap2 berjalan lancar..


Dan sesungguhnyer, Terima kasih kepada si ayah kerana memberi idea yang agak bernas ni...
Thank you...alhamdulillah.


KAKAK DAN ABANG ADALAH DILARANG UNTUK MASUK KE BILIK INI...(IYE KER? SAMPAI BILA EK?)HAHAHAHAHHAHAHA