Friday, 28 June 2013

HAPPY BIRTHDAY ALLY

28.06.2013 - 4 tahun...

Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir Ally
Selamat Hari Lahir...

Sekarang Ally dah 4 tahun, dah besar dah...Ibu dan ayah cuma berdoa semoga ally akan menjadi anak yang solehah dan sentiasa menjaga diri walau dimana ally berada.

Ibu dan ayah sentiasa berdoa semoga Ally akan menjadi anak yang berjaya di dunia dan diakhirat.  Ameen.

Selamat Hari Lahir Ally....Sayang anak ibu..muah muah








Monday, 17 June 2013

Basikal Baru


Assalamualaikum....

Dah lama tunggu..baru kini kami dapat...
Happynyer mereka berdua bila ayah belikan basikal..
Ally siap nak bawak masuk bilik tidur lagi...
Tiap-tiap petang pergi taman...bahagianya mereka..

Monday, 18 March 2013




Assalamualaikum...


Setelah hampir 3 bulan tok terpaksa tinggal dihospital kerana kesihatan yang kurang baik...

Alhamdulillah..Hari ni tok dah boleh discharged.

Terima kasih kepada Andak yang tiap-tiap menemani tok diwad, terpaksa tinggalkan rumah dalam jarak waktu yang lama, nasib baik anak-anak dah besar semua kan....Begitu juga kepada adik/ teh / pok tan.

Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya (Sayang kamu semua)

Ibu hanya boleh mendoakan dari kejauhan..Walaupun kadangkala hati ini terasa sebak sebab tak boleh menjaga tok, tapi akan daya...jarak dan masa tidak mengizinkan.

Sunday, 17 March 2013

Cerita anak-anak





Ibu selalu cakap kat anak2 begini :-

Ibu : Ally, boleh tolong ibu tak?
Ally : tolong apa ibu?
Ibu : tolong diam…ibu nak buat tu/buat ni…

Dan pada suatu malam yang indah…..Ally berkata,

Ally : Ibu, boleh tolong aye tak?
Ibu : Tolong apa dik?
Ally : Tolong diam boleh, aye nak wat kerja ni…..

Ibu berkedu…........

Kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi kan……..

Saturday, 16 March 2013

Rupa budak kena marah


Inilah rupa saya bila kena marah...



Kenapa taya kena mayah....cebab taya budak yang tangat baik.....tan ibuuu..


p/s : walau camner pun rupa ally, tetap comel sangat-sangat....sayang ally...

Friday, 15 March 2013

Dahulu Dan Sekarang



Dahulu……(September 2011)

Amir Hamzah (8 bulan),  Kakak Nina ( 4 tahun), Kakak Ally (2 Tahun)




2 Tahun kemudian…..(March 2013) - 

Perubahan paling ketara adalah Amir Hamzah.. Kakak-kakaknyer still maintain.



 Assalamualaikum,

Ini senyum suka ke senyum takut?  Menunggu untuk dibawa ke bilik bedah (14.03.2013 @ 11.34am)



Selepas di bedah (1.30pm), inilah keadaannya orang yang tak pernah sakit...bila sakit terus kena bedah...relax kak..sikit jer kan...


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.