Assalamualaikum..
Lamanya Ibu tak update blog ni
Tetapi hari ni teringin lak nak coretkan sesuatu kerana tarikh ini merupakan sesuatu yang tersangat indah kepada Ibu....
29/08/1999 - dimana ayah dah ibu diijabkabulkan.. Hari ini 29/08/2012 - Sudah 13 tahun berlalu, begitu cepat masa berlalu kan..
Ibu cuma mampu berdoa semoga perkongsian hidup ibu dan ayah akan terus dirahmati oleh Allah s.w.t.
Berkekalan hingga ke syurga. Ameen
Inilah hasilnya setelah 13 tahun bersama....hehehehehe
Wednesday, 29 August 2012
Thursday, 5 July 2012
Aktiviti Hujung Minggu
Assalamualaikum....
Aktiviti terbaru kami sekeluarga di hujung minggu...
Aktiviti terbaru kami sekeluarga di hujung minggu...
Bermain layang-layang di Taman Putra Perdana...Bukan main seronok budak2 ni main layang-layang terutama si abang...
Ibu tolong tengok ajela..kat tepi padang.
Aktiviti ibu bermula setelah mereka semua dah selesai bermain iaitu mencabut kemuncup kat seluar2 anak-anak termasuk seluar si ayah.
Hehehehehehe..kerja yang memerlukan kesabaran yang agak tinggi...
Thursday, 28 June 2012
HAPPY BIRTHDAY TO MY LITTLE PRINCES
NURUL ALYANA BT. MUHAMMAD AMIRUL
![]() |
| BEBERAPA JAM SELEPAS DILAHIRKAN. |
| 3 BULAN - TEMBAM |
Ally telah selamat dilahirkan pada 28hb Jun 2009 @ 7.05am, Berat 3.09kg..anak yang paling semangat antara 3 adik beradik yang lain. Dilahirkan di Hospital Serdang..
Alhamdulillah, selama 9 bulan mengandungkan Ally, tiada masalah kesihatan yang Ibu hadapi, muntah2 dan pening2 biasalah...
Untuk pertama kalinya, ayah menyambut kelahiran anaknya didepan mata dia sendiri..Ayah duduk disisi ibu..sewaktu ibu didalam bilik bersalin..memang merah2la tangan ayah kena gengam dengan ibu waktu contraction tu..
Dan sebenarnya ayah memang takut...tak tahu nak gambarkan macam mana... Dalam masa Ibu sedang bertungkus lumus untuk melahirkan tu...ayah asyik picit-picit kepala dia.
| 8 BULAN - COMEL |
Nurse boleh tanya ayah plak. En. pening ke? Ok tak? atau nak saya panggil doktor..
Dalam hati ibu, siapa yang nak bersalin sebenarnya ni???????kelakarkan...
Muka ayah jangan cerita la..memang pucat sangat-sangat...kesian ayah..dia takut tapi dalam masa yang sama dia nak lihat jugak kelahiran tu..sebab anak yang akhir katanya...
Alhamdulillah, Ally lahir dengan selamatnya, sangat-sangat comel, rambut lebat dan kerinting..Ayah lega, ibu jangan ceritala kan...gembira tak terkata..bersemangat ayah bercerita pengalaman dia tengok baby lahir...mengelonsor jer kata..heheheheh
Kini, ally dah pun masuk 3 tahun..tapi setiap detik kelahiran tu tetap segar dalam ingatan ibu..Ally sekarang seorang anak yang comel, petah bercakap tetapi sangat pelat..
| AYE - 1 TAHUN |
| 2 TAHUN |
![]() |
| MENCECAH 3 TAHUN |
Tuesday, 26 June 2012
Assalamualaikum…
HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY SISTER..(26 JUNE 2012)
NORITA BT. HAJI ABDUL RASHID
Semoga Adik terus berbahagia bersama Suami tercinta – MOHD AZMI
dan anak-anak tersayang AFIQ, ALIF & ALEYA. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga hidup kalian sentiasa dibawah rahmat Allah. Ameen
![]() |
| KCIK SAYANG KAMU..... |
Monday, 18 June 2012
PESAN TOK GURU: Allah Kirim Malaikat Kejutkan
Kita
BISMILLAH.
Kata Tuan Guru Hj Nik
Abdul Aziz:
"Kalau kita
terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah.
Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada
Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun,
mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur)
kepada Allah, kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung
tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya),
kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau)
malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."
Subhanallah...
Friday, 15 June 2012
REPORT CARD DAY
Assalamualaikum,
Semalam kakak dah inform awal-awal mintak pergi kesekolah kerana kena
sign report kad di sekolah dia.
So, Hari ini pagi-pagi ibu dah
siap, hantar nina ke BBIM dan terus ke sekolah Kakak dan Abang bersama si Kecik
tu (Ally)…
Dah ramai rupanya ibu bapa yang
hadir, Ingatkan ibu adalah antara yang terawal tetapi kena menunggu jugak
jadinya..
Pergi ke kelas kakak (6 permata)
dapat no. 13, sekarang ni baru no. 4..lama lagi rupanya..
Pergi pulak ke kelas abang (5
mutiara) dapat no. 11, pesan kata bang, bila sampai giliran no. 10, datang bagi
tau ibu, ibu di kelas Kakak.
Sampai masa, berjumpa dengan
Cikgu Halia, guru kelas 6 permata, Alhamdulillah kakak dapat 3A 2B, dalam
peperiksaan penggal pertama ni..menurut Cikgu halia mungkin kakak akan tukar ke
kelas Zamrud (kelas pertama)..memandangkan gred kakak agak baik..kakak kena
lebihkan usaha dalam Sains dan Matematik (walaupun markah lebih elok daripada
ujian 1) tapi belum mencukupi…Ibu agak puas hati dengan keputusan kakak tapi
kakak kena berusaha lebih lagi memandangkan UPSR pun tak berapa lama lagi..Ibu
yang risau yer…
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Sekarang sampaila masa mendengar
cerita guru kelas abang..agak risau sebenarnya..memandangkan abang ni adalah
seorang yang sangat liat nak buat kerja sekolah (malas sangat nak menulis
katanya)..dan abang ni boleh dikatakan agak nakal…
Sir Wan Naza : oooo
Ibu zulhilmi yer…Zul mari duduk sini..kata cikgu dia..
Ibu : Assalamualaikum cikgu,
macam mana dengan zulhilmi yer…saya risau ni..
Sir Wan Naza : Zulhilmi bagus,
kerja sekolah sume siap, dan dia berani bercakap dan eye contact dia dan saya
sangat bagus, dan yang paling bagus, dia tak bercampur dengan budak2 yang
macam-macam ni..
Sesungguhnya ibu sangat terkejut
bila Cikgu dia bercakap begitu…Sungguh..
Ibu : Kerja sekolah dia sume siap
cikgu? Ibu pandang abang dan Tanya…Bila masa abang buat?
Sir Wan : Iye..kerja sekolah dia
yang kelas saya sume siap, dan dia adalah best
student saya dalam bahasa inggeris, dan dia adalah merupakan favorite
student saya….Dan dipadang dia sangat aktfif…saya suka budak2 yang aktif ni.
Zulhilmi boleh maju lagi…saya
akan bimbing dia..dan selepas ini saya akan tukar tempat dia ke depan…supaya
dia boleh tumpukan lebih perhatian kepada pelajaran dia..Pada saya dia lebih layak duduk dikelas yang diatas.
Ya allah, Ibu rasa betul-betul
terharu dan tetiba ibu rasa berbangga dengan abang….
Kemudian, cerita tentang markah
peperiksaan dia, memang ada markah yang meningkat, tapi masih belum ditahap
yang selesa. Takper..kata cikgu masih
ada masa untuk ulangkaji.. Memang betul kata cikgu dan ibu sendiri rasa..Kalau
abang lebih berusaha, abang akan boleh buat..sebab pada Ibu abang adalah
seorang pelajar yang cerdik Cuma abang ada sikap MALAS….kalau abang rajin mesti
abang boleh buat…
Jadi, dipeperiksaan akan
datang..Ibu harap kalian berdua akan bagi yang terbaik yer….
![]() |
| IBU SAYANG KAMU........ |
Saturday, 26 May 2012
BINGKISAN BUAT KAKAK
Assalamualaikum w.b.t
Bingkisan ini khas ibu tuliskan
untuk kakak, sempena hari lahir kakak yang ke 12…Dan Ibu juga mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR semoga kakak akan terus berada di bawah rahmat
Allah selalu.
Sekadar mengimbas kembali, Ibu dan ayah telah di
ijabkabulkan pada 28.08.1999, pada ketika itu usia ibu telah mencecah ke angka
27. Saat yang paling gembira bagi ibu kerana telah menjadi seorang isteri
kepada seseorang yang amat ibu sayangi.
Memandangkan usia ibu yang agak
lewat, jadi ibu memang berharap untuk mengandung dengan secepat mungkin, sebab
itu bila dapat tahu yang period ibu dah lewat, dengan gembiranyer ibu trus ke
Lab, waktu tu ibu masih bekerja di Ampang Puteri, jadi senangla nak buat test
ni…heehehhehehe
Alhamdulillah, memang ibu
disahkan mengandung..gembira tak tahu nak cerita…
Di awal-awal kehamilan ibu biasalah kan..morning sickness, tapi tak teruk
Alhamdulillah..waktu ni kita masih duduk di Taman Desa, Rumah flat duduk
tingkat 5 lagi…Hari-hari ibu naik turun tangga bawak kakak dalam perut ibu
ni..penat jangan cerita…tapi ibu gembira..sebab ada seseorang bersama-sama ibu…
Kadang-kadang kalau ayah balik
lambat, ibu kena naik bas dan jalan kaki daripada jalan besar, naik bukit dan
naik tangga lagi..pehhhh…siap kena berhenti 2-3 kali sebab penatkan…
Alhamdulillah, waktu bulan ke 8
ibu mengandungkan kakak, rezeki ayah lebih skit maka barula ayah boleh beli
kereta, iyela..ayah kata sampai bila
ayah nak bawak ibu naik motorkan..dengan perut ibu yang memboyot, bila dok belakang
ayah terasa perut ibu..hahahaha..Jadi ayah Cuma mampu beli kereta kancil aje
buat masa ni…
Dan dalam masa yang sama juga,
ayah cuba cari rumah yang lain, Alhamdulillah kita dapat rumah di Tingkat 1, di
flat yang sama..takperla kan janji ibu tak payah naik tangga ke tingkat 5,
dengan perut ibu yang besar ni..dah tak larat rasanya nak memanjat tangga tu…
Alhamdulillah ibu menjalani
tempoh mengandung tu dalam keadaan yang sihat walafiat…dan doktor menjangkakan ibu akan melahirkan kakak pada 8..6.2000.
***************************************************************************
Pada 26.5.2000, lepas ayah ambik
ibu daripada kerja, kami sama-sama g ke Carrefour Seri Petaling, ingat nak beli
kelengkapan dapur skit..waktu ni care4 jer yang ada dekat2 situ…mcm biasa
pilih2 barang nak beli, tiba dikaunter tetiba ibu rasa mcm basah jer…
Pelik kan…tak rasa nak kencing tapi air mencurah2 jer turun..panik..ibu
cakap kat ayah..
Awak, saya rasa ada air yang
keluarla..tapi saya tak rasa nak kencing pun..
Ayah kata, g bilik air la
tengok…ibu pun terus ke bilik air…tapi air masih mengalir jerk..rasa mcm
suam-suam jerk..keluar dari bilik air pun…masih terasa mengalir kat peha..jalan
pun cover-cover jer sebab malukan…(kita tak tahu apa-apa)
Ayah cepat-cepat bayar, on the
way nak balik..ibu talipon ke mak andak…
Mak andak pun cakap…”eh..pergi ke spital sekarang, tu air ketuban dah
pecah…dah nak bersalin tu.....
…
Hah..ibu lagi la terkejut…siap cakap kat mak andak lagi…nak bersalin
ke? Tak sakit pun…hahahahha, lagipun due date lambat lagi...takkan dah nak bersalin..
Kelakar kan…
Ayah pun apa lagi, terus pecut ke
HUKM…barang-barang memang dah standby dalam kereta…
Dalam kul 9 mlm tu..Sampai kat
Emergency tu..kain memang dah lenjun…pastu nurse trus check dan pasangkan alat
untuk kesan degup jantung tu…ada dalam ½ jam kat emergency tu kemudian nurse
hantar ibu ke ward sebab pintu masih belum terbuka (masa ni tak tahu apa-apa
pun pasal bukaan sume ni)
Sementara menunggu tu, ayah
terpaksa balik dulu sebab masa tu memang arwah maklong, makcu nak datang rumah
kita..jadi ayah tinggalkan ibu dulu kat spital sebab nak g ke terminal bas untuk
ambik mereka sume tu.
Dalam kul 10 lebih,. Ibu dah rasa
perut memulas (mungkin inilah yang dikatakan contraction) fikir ibu. Sakitnya
hanya Allah yang tahu...sakit sungguh rasakan…dalam sakit2 tu..ibu cuba cari
ayah..mana tau kan ayah dah sampai semula ke hospital tapi mungkin takleh
masuk…
Takder…takperla…
Rasa contraction tu mula
menyerang dengan kerap skali..kakak yang dihujung kaki ibu tanya…
Sakit sangat ke dik?...kerap
ke?...
Ibu hanya mampu jawab..a’ah kak..
Dia tolong panggilkan nurse…nurse
datang dan periksa bukaan…dia kata ..saya antar awak ke bilik bersalin yer…Ibu
redha jer sebab memang tak tahu apa-apa kan…ikut jer la apa kata mereka..
Sampai dibilik bersalin..ibu
disambut oleh kalau tak silap ibu ada 6-7 orang jururawat pelatih..Mak aiiii ramainyer tapi nasib baik semuanya perempuan…
Mereka mintak ibu naik atas
katil..bukak kaki luas-luas…ikut apa yang mereka arahkan…sakit jangan
dikirala..hanya Allah jer yang tau dan ibu serahkan segala-galanya kepadaNya..Nurse
kata ikut jer arahan, kalau rasa nak teran bagi tau…
Ibu mengikut apa yang nurse
arahkan…hinggalah satu ketika rasa nak teran yang amat sangat, ibu tarik nafas
panjang-panjang dan teran dengan sekuat hati..dan gusshhhhh terasa kakak
keluar..lega……..
Maka pada 26.05.2000@11.45pm, lahirla…seorang puteri
yang sangat comel, saling tak tumpah muka si ayah. segala kesakitan/kesusahan
dan keperitan yang ibu alami hilang
apabila lihat wajah suci kakak..Ibu dah tak kisahkan apa yang nurse-nurse tu
buat kat ibu..Sebab Ibu rasa dah terlalu bahagia bila anak yang ibu kandung telah lahir dengan selamat dan sempurna sifatnya..Alhamdulillah
Ya allah..Ibu bersyukur diatas
kurniaan yang telah Allah berikan kepada ibu - cahayamata tanda kasih ibu dan
ayah…
Ayah sampai ke hospital lebih
kurang pukul 2am, dan dia sangat2 terkejut bila tengok ibu dah selamat
melahirkan seorang puteri untuk dia…dia ambil kakak dan azankan…nampak kekok
dan pucat muka ayah waktu mula-mula tengok kakak, mungkin tak percaya bahawa dia
telah menjadi seorang Ayah..
Hari ini kakak dah pun 12
tahun…Tapi setiap detik yang ibu lalui waktu mengandung, bersalin kan kakak tak
pernah hilang daripada ingatan Ibu, Saat kali pertama ibu menatap wajah
kakak..tak dapat ibu lupakan..Sangat Indah rasanyer bergelar seorang Ibu.
Jika dipanjangkan umur, mungkin
satu hari nanti…kakak rasa apa yang ibu rasakan…dan waktu itu barulah kakak
dapat rasakan bagaimana kasih dan sayangnya seorang Ibu terhadap
anak-anaknyer….
Ibu sentiasa berdoa semoga kebahagian menjadi milik
kakak di dunia dan juga di akhirat. Ameen.
IBU SANGAT-SANGAT SAYANG PADA KAKAK
IBU SANGAT-SANGAT SAYANG PADA KAKAK

Subscribe to:
Posts (Atom)





